Friday, September 26, 2014

my two little chipmunks

Hello.

Today is such a happy day for me. I dapat cakap dengan mommy, my little brother and sister. Such a bliss. Susah okay nak dapat cakap dengan tiga-tiga manusia kesayangan ni at one time. I mean jaranglah terjadi dapat call or calling all of them dalam satu hari yang sama.

Talked to mommy pasal preparation for November. My baby brother is getting married by then. So mommy is quite busy la planning dan settlekan few things before brother's big day. Tak buat fancy pun, just small majlis sambut menantu. Sebab I baru je kahwin on May kan so it takes a lot to have 2 events in a year. Hihihi. Plus mommy is doing everything alone. I tolong settlekan door gifts and decide on the colors je. See, penting juga I okay, I yang decide color apa. Hihihi.

Oh, yes. I tak tahu nak rasa apa menjelang my baby brother's wedding. Of course I happy, tapi sebenarnya I lagi sedih kot. Dah mula la syndrome kakak sulung I ni. Only me and my brother adik beradik seibu sebapa, while my baby sister is our step sister. Lain ayah. So I membesar sekejap dengan my baby brother before dia sekolah di KL, and I di JB. We are so close till I kenal most of his friends, Ex gfs dia dulu-dulu semua I kenal kot. Rapat gila pulak some of them. Semua pun dok panggil I, 'Kaklong'. Hihi.

Bila dia dah kahwin nanti, confirm benda dah tak sama macam dulu kan. I remembered last year before I kahwin, during raya kitorang pergi beraya and sharing foods together in the same bowl. Sampai makcik tu kata ' macam bf-gf'. We don't need other people when we have each other. We will giggles and terkekeh-kekeh dua orang you know. Mengutuk orang itu la, bercerita pasal orang ini la, macam-macam lah tapi all yang funny-funny. Jarang lah we having serious conversation kecuali time gaduh. Bukan tak pernah gaduh okay. Gaduh je selalu, tapi hal yang entah apa-apa la. Tapi nanti baik sendiri.

We shared lots of moments together. I ingat lagi masa sekolah rendah, I sanggup ikut dia ponteng sekolah semata-mata dia tak siap homework Math dia. That time, ayah tiri kitorang hantar till depan gate sekolah okay, tapi kitorang tak masuk. Boleh tak kitorang main je kat kedai-kedai depan sekolah tu. Then bila time balik, tunggu ayah tiri ambil balik depan gate. Tak ke bodoh tu? Memang sah-sah lah kantoi. Masa report card day, cikgu kelas bagitahu. Balik tu memang makan penampar la my baby brother. Tapi dia je lah kena tampar, I tak pun. Haha.

Tapi banyak je lagi benda baik yang dia buat kat I yang I tak akan lupa. I remembered masa phone I hilang kena pick pocket kat monorail Hang Tuah, I straight away pergi office dia kat Plaza Berjaya tu sambil nangis-nangis mengada. Then dia bagi I duit suruh I balik dulu, ambil phone lama dia kat rumah. Sweet kan? Tapi I tak balik terus pun. I siap beli roti dulu pusing-pusing Times Square baru balik. Hehehe.

Ada lagi, masa I nak buat medical check up untuk kerja airlines tu, dia sanggup bangun pagi-pagi dan hantar I pergi clinic tu, teman I sampai siap. Baik kan? Oh, I so love him. I harap dia still sayangkan I even lepas dia kahwin.

My baby sister pula gap 10 years dengan I. She's the youngest from my mom. Masa kecil-kecil dia cute gila okay. I suka bawa dia pergi taman permainan because semua orang akan puji how cute she is, dengan rambut maggie dan kulit putih melepak, macam snow white! Tapi bila da besar kesian dia jadi mangsa buli I dan my baby brother. Kitorang selalu tag team kenakan dia. Tapi dia okay, tetap juga meleset-leset kat I.

Now she's 18 lagilah makin banyak ragamnya. Pening kepala I bila mommy mengadu pasal dia. Ada je hal nya. Hihihi. Biasalah sedang membesar kan. Kalau I dengar cerita mommy pasal peramgai dia, geram je I rasa. Dengan phone hilang lah, slipper hilang lah, macam-macamlah.Tapi bila I call dia, dengar suara dia mesti serta merta hati I jadi cair. Dengar dia mengadu pot pet pot pet. I dah lah suka mengusik dia, terjerit-jerit lah dia. Hahahah. I garang dengan dia most of the time, tapi whatever her request I tetap juga cuba penuhi. Macam tak sampai hati, sebab I tak nak dia rasa apa I rasa masa membesar dulu. I nak yang terbaik untuk dia. Kesayangan sangat dia ni.

Macamana-macamana pun perangai both of them, nothing in this world can replace them. I tak nak orang lain, I nak diorang je. I sayang sangat diorang and my mom. Susah hati if anything happen to them. I selalu doa, I diberikan kelebihan dan kekuatan jaga dan ada di sisi diorang if diorang perlukan I. Family I tak besar, diorang je lah I ada di samping husband I sekarang.

I wish life treating us great, InsyaAllah.

Wednesday, September 24, 2014

20 facts about me

Hi semua!

I tengok everyone is doing this, so I pun nak try list down these 20 facts about me. See if I really know myself, like really!

Haha.


  1. I am the eldest in my family, hence I rasa I ada this overprotective attitude terhadap people around I. Which is kinda annoying sometimes.
  2. I tak pernah bercita-cita nak jadi Flight Attendant. Seriously. I worked for 2 airlines before, dan kedua-duanya adalah tidak di sengajakan.
  3. I am very good in observing, people and environment. I suka perhati je orang dan berkata-kata dalam hati. Like, kenapalah dia macam tu, apalah yang di fikir, and so on. Yes, my first world problem.
  4. I tak suka orang tak ada commonsense. Benda ni simple dan penting. Commonsense. Lagi satu orang kalau bercakap tak fikir dulu sebelumnya. Sometimes, terserlah sangat kebodohannya.
  5. I suka makan. I enjoy foods so much. Tak kisahlah makan apa. Malay foods, Japanese, Chinese or even western. Tapi of course lah I cinta makanan melayu lebih lagi. Nasi. Yes, my favorites! All time favorite! Tekak kampunglah katakan. Hihi.
  6. Overly attached. I am clingy like that. Tapi dengan my husband sajalah. Dengan orang lain I tak hairan pun! Hahaha.
  7. I suka gila masak. Suka je okay. Doesn't mean I terror masak. Siapa expect I masak macam chef memang I hentak kepala dia kat dinding. Tapi husband kata I masak lemak cili padi meletop okay!
  8. I tak reti drive dan I tak ada driving license. Kelakarkan? Umur da 28 tahun masih tak reti drive. I remembered dulu masa I fly, my set of crew always wonder bila tahu yang I tak reti drive. They said ' Oh license fly ada, tapi license driving tak ada!'. Hihihi. And bila terserempak dengan I kat briefing room or airport, some of them mesti ' Ha, you la kan yang tak reti drive tu!'
  9. I suka membaca, Novel, blogs, articles, apa-apa je lah yang I rasa menarik. Mostly things yang relates dengan knowledge or hal-hal semasa. Tapi novel pilihan I mestilah novel cinta ya? Bukan novel-novel serious dan berat tu. Buat semak fikiran I je nanti.
  10. I suka sayur yang hijau-hijau. Kalau buffet spread or makan nasi berlauk tu, I akan ambil atleast 3 jenis sayur. Broccoli yang paling suka! Tapi I tak makan sayur mentah, having said that salad, ulam dan seumpamanya I tak makan.
  11. I peminat tegar petai, cencaluk, sambal belacan, budu dan apa-apa yang segolongan dengannya. Eh, perasan tak most all the facts ni banyak pasal makanan je?
  12. I never can sing well. I rasa I tone deaf. I tak tahu bila nak start masuk lagu tu. Tapi I suka sing along. I suka nyanyi ikut suka hati I je.
  13. I gelak kuat. Kuat gila. Tapi depan mak mentua I cover lah. Kahkahkahkah.
  14. I ada fashion sense yang agak bagus. Bukan I yang cakap, Orang sekeliling I yang cakap. I tahu what goes well with what. Tapi I sendiri tak betul-betul berfesyen pun. I pakai apa yang I suka, the simple the better. Comot all the time.
  15. I tak ramai kawan. My circle of friends pun yang itu-itu je. Sebab ramai orang ingat I sombong, tapi I tak pun. Cuma I rasa lagi selesa dengan kawan yang sedia ada, dan sekarang husband. I pun tak rajin nak keluar-keluar ni.
  16. I tak suka menunggu. Kalau lewat 10 to 15 mins tu I boleh terima lah. Tapi kalau asyik on the way, memang see you next time lah jawabnya!
  17. I sukakan Kuala Lumpur, lampu-lampu di Kuala Lumpur. If you ask me why, it's because I jatuh cinta di Kuala Lumpur, I kenal husband di Kuala Lumpur, and the most memorable time yang I rasa I betul-betul dah jatuh cinta with him was on New Year eve 2011. Dengan bunga-bunga api atas kepala I rasa, 'Oh cintanyaaa dengan mamat ni!'
  18.  Banyak-banyak tempat yang I pernah pergi, I sukakan Delhi. I suka their colorful culture. I suka purchasing power sebab currency mereka rendah, I suka buildings di Delhi. If I had a chance, I nak pergi Delhi lagi. With my husband.
  19. I sukakan pulau dari dari laut, I sukakan kampung dari bandar.
  20. Tapi bagi I, walau macam mana hebatnya negara lain, tak ada setanding Malaysia. I sayang Malaysia. Makanannya, masyarakatnya, budayanya, Malaysia tetaplah yang terbaik. Ha, tiba-tiba I patriotic boleh? Hahaha.
Okay, susah rupanya nak listkan 20 facts ni. I takes me hours to settle with this.

Time to gomol-gomol with my husband.

Good night beautiful people!

pregnancy

Hi.

I just got married, 4 months past to be exact. So far Alhamdulillah, I rasa bahagia. Hiccups sikit-sikit tu biasalah kan? Mana ada rumahtangga tak dilambung badai. Tapi I hope our marriage taklah berbadai sangat ya. Sikit-sikit okay lah. Hihi. I tak boleh imagine being out of marriage, dan I tak mahu imagine. I nak happy-happy saja till gthe end. Insyaallah.

Anyway, I nak cerita on this issue. Pregnancy. No. I belum pregnant lagi, kot. Hopefully ada la soon. I nak sangat babies. I love babies. I rasa hari-hari I dok bebel dengan Sayang that I want baby. Stress dia. Pity you, Sayang. Dapat isteri suka meleseh. Hahaha. Sabarlah, okay?

Okay, balik pada cerita being pregnant dan pregnancy ni, I just don't get it why some people are so ignorance. Maksud I ignorance kat sini, tak jaga perasaan orang lain. Tadi I berborak-borak dalam whatsapp group, one of our member confirm pregnant! So everyone congratulates her, of course kan. We just being happy for her. But the conversation drags sampai masuk issue dah berusia la, should try and usaha more and bla bla bla. Well, it's good sharing info semua kan, tapi somehow kita lupa ada orang sekeliling kita yang masih struggle dan berusaha. Another friend of us, dah kahwin for few years belum ada rezeki, yet. I risau when we are too happy sometimes kita lupa ada orang yang bersedih, kan? I felt so bad that I whatsapp her personally asking how is she doing.

I guess its how we put something into words that matter. Bila kena hal-hal sensitive macam ni, we should be more careful dalam nak cakap sesuatu. Tak boleh lah too excited dan beri nasihat yang macam bagus, walhal kita pun tak tahu apa sebenarnya masalah orang lain and how far dia dah berusaha.

Yes, I pernah terasa okay dengan one of my friend. Not that we really close. One day I browsed Instagram and found out she's expecting, after like a year plus trying. So macam biasalah, I comment and congrats her. Tahu apa she replied?

'Thank you, and you bila lagi?'

Oh. My. God.

How do I know la when is my turn, kalau kita semua tahu, it would definitely be easy for all of us, women. Kan? I mean, you pun pernah berada di tempat I, berusaha and so on, and suddenly rezeki you sampai and that's gives you right to asked me when is my turn?

Please lah people. After all kita sama-sama perempuan so I guess we should understand each other better?

Some people are just plain ignorance. Dan I berdoa I tak termasuk dalam golongan tu.

Tapi doakan I dapat baby, soon okay?

I so want babbbbbyyyyy!

Tuesday, September 23, 2014