Tuesday, October 28, 2014

majlis aqiqah Lara Alana Awal Ashaari

Oh em geeeee!

I sukanyaa tengok this beautiful family. I rasa macam hidup diorang perfect and complete sangat kan. Lagi-lagi dah ada baby Lara. Oh so cute. I tak tahu nak gambarkan cute macam mana, tapi memang cute lah! Tapi semua baby pun cute I rasa, cumanya maybe Lara ada extra cute sebab she got the fame from her parents kot.

Dari dulu I suka Scha ni, gaya dia selamba je kot. Tak ada control-control cun, yet tetaplahhhh cun nak mati ya? And Awal too. Earlier I taklah minat Awal, but I pernah tengok di dalam program Sembang Teh Tarik and I rasa dia ada charisma dia yang tersendiri. He's charming uolls! Dengan buta warna dia tu, menjadikan dia seorang tidak perfect yang perfect. Ha faham tak maksud I?

They're simply beautiful. They made a perfect couple. The best thing I rasa they're not trying too hard pun. They're just living their life, their way.

Tapi I tengok ramai je bash diorang kat Instagram and Facebook semua kata yang diorang membazir and showing off kemampuan diorang masa majlis Aqiqah Lara Alana.




photo credit : preetypeektures

Hahaha.

I tak tahu nak kata apa? For me, duit dia, suka dialah kan? Nak buat majlis aqiqah macam majlis kahwin ke, nak buat grand sampai nak roboh rumah ke, yang kita nak susah hati kenapalah? Kita ni banyak sangat masa kan sibuk fikirkan hal orang, rumah tangga orang dan account orang sampai apa yang orang buat semua tak kena eh?

Gila lah manusia sekarang ni.

Tak boleh ke enjoy je tengok gambar-gambar diorang dan majlis diorang yang cantik tu? Sambil-sambil tu doakan kebahagian diorang berpanjangan sebab doa yang baik-baik ni akan kembali pada kita. *flip shawl*

Apa-apa je lah kan? I tetap sukaaaaa je. Hahaha, I pun naklah baby macam baby Lara.

Jom, sayang?

Hahaha.

Sunday, October 26, 2014

hi sayang!

Happy 5 monthsary, Cinta!

B harap this 5 beautiful months akan berterusan sehingga 5000 months akan datang! Thank you for making me happy everyone and then.

May god bless you always and he's really jannah-husband-material, I tell you.

I am blessed.

Thank you Allah.

P/S : I know you gonna read this, sayang.

cerita hot artis malaysia

Tajuk controversial ya?

Hihihi.

Sebenarnya tak ada apa pun, I ada participate few bazaars around KL, jadinya adalah beberapa kali jumpa artist here and there.

Dulu, I ada satu persepsi terhadap artist ni semua. Entah, tapi I rasa most of them macam sombong. Maybe because they're public figure so bila kat luar tu some of them ada yang macam cover-cover hoping that orang tak kenal mereka or kerumun mereka.

Tapi I rasa peminat sekarang tak macam dulu pun, memanglah teruja sebab selalunya nampak kt TV then tiba-tiba jumpa live! Tapi tak adalah sampai nak kejar-kejar or beriya-iya nak bergambar pun. That's me. I tak tau orang lain.

I jenis macam takut kalau dia rasa tak comfy atau pun tak nak diganggu at that time. But the best artist ni semua could do is, smile.

Yes.

Apa yang susah sangat senyum pada orang sekeliling yang memandang or just angguk sedikit to acknowledge kan? I mean orang akan lebih respect you and rasa 'oh sweetnya' or 'oh that's very nice of them' rather than cover their best as if orang tak kenal mereka.

Com'on.

Gila apa tak kenal.

Kami orang Malaysia, kot?

Hahahah.

Like last few days, I and my mom jalan-jalan kat Ikea, and kat belakang I was F**** S*****. She is absolutely stunning without colors on her face. I was so in awe, and told my mom,

" Eh F**** S***** la mommy"

Okay. Not that loud lah, and very casual.

So sementara my mom nak pilih barang, I pushed my cart aside dan sekaligus beri laluan kat dia.

Sebelah my cart was tempat sofa cushion tu, so sambil this lady lalu dia lintaskan tangan dia depan muka I tanpa memandang I pun. Sambil tolak cart dia sampai capai bantal sambil memandang depan.

I was like, apa salahnya if she just smile at me. Look and smile.

How hard that can be?

And how expensive that can cost her?

I minat dia kot. She's good actress. I memang suka gila la, walaupun satu masa dulu cerita dia hot dengan N*** D*****. I don't care, because I like her!

Tapi since hari tu minat dah merundum. Hahaha. Tak faham kenapa some artist or celebrity ada sikap yang macam ni.

Yeah, maybe dia nak cepat in rush or whatever la kan, but we are not gonna hold you or paksa-paksa ambil gambar ke apa. Senyum, and if people ask to take photos together if you don't feel like it, decline nicely.

Tak susah.

Tapi tak semua pun macam tu. For instance, Eira Syazira. She's nice. Soft spoken, sangat-sangat humble and down to earth. Kalau bercakap dengan dia tak rasa macam bercakap dengan artist, because she's so friendly. Bercakap dengan kita siap pegang bahu and yalah, macam kawan kan. Same goes to his husband. Beautiful couple!

Tapi tak semua teruk kan. Maybe certain cases ke, ataupun time I terjumpa dia she was in bad mood ke kan. Dengan orang lain maybe dia okay je. Hihi.

Well. Still.

Senyum je okay?

Saturday, October 25, 2014

tips menjadi pramugari #3 (AIRASIA FLIGHT ATTENDANT INTERVIEW)

Okay peeps!

2 entries dalam satu hari, plus it's Saturday pula tu! Tak ada life ke? Hihi. No la, sementara ada masa dan wifi ni, might as well fully utilities kan.

Previous entry I cerita on MH punya interview kan? So this one is Air Asia punya ya. Based on my experience tau. Kalau lain dengan orang lain punya I tak tau.

Mine was in 2010. Any changes on current procedures please refer the company itself.

Okay.

Anyway. MH panggil pramugari pramugara as Flight Steward ( FS) or Flight Stewardess ( FSS ). As for Air Asia pula they call us Flight Attendant. Lebih general kan?

Hihi.

AIR ASIA X FLIGHT ATTENDANT INTERVIEW.

Eh. Oh yes, masa I mula-mula joined Air Asia I straight away joined Air Asia X. Different between Air Asia dan Air Asia X ialah; Air Asia operating domestic and medium haul flights ( below 4 hours) while Air Asia X operating long haul flights ( above 4 hours).

Kerana apa I terus joined as AAX crew?

Its because I was an ex crew before, from full service airline ( MH ).

Okay.

1st STAGE

- macam biasa, queue dulu, isi form and dapat number.
- that's why I said earlier datang awal, sebab the earlier you datang, lagi awal number you dapat and lagi cepat lah giliran you. Imagine if you datang around 11am macam tu, CONFIRM, yes confiem seharian la you spend time kat situ.
- well prepared lah ya? Siap-siapkan resume awal-awal, get copies of all certs and gambar passport, full lenght and mug shot earlier.
- yes normally kalau they conduct interview di hotel, diorang akan sediakan service berbayar ambil gambar, buttttt the queue is like forever I tell you.
- okay, as usual ambil height measurement and weight then proceed to next one.

2nd STAGE

- slightly different dengan MH, AAX akan gather all candidates dalam hall/ballroom tu, and we are given 1 minutes untuk introduce ourselves to people sitting next to us.
- they will call couple by couple ke depan and kita kena ceritakan background our partner tu tadi semula di depan audience and interviewers.
- after this session, they will inform us siapa yang terpilih for next stage.

3rd STAGE

- paling senang dan paling simple. All we need to do ialah catwalk around the room and berikan senyuman uolls yang semanis gula itu!

4th STAGE

- oh stage ni yang agak mencabar, tapi tidaklah semencabar MH punya interview. This is one to ine session.
- my interviewer was Senior Flight Attendant and in a management team.
- his question was simple;

" Agak-agak kalau dapat job ni you banyak MC tak?"

Of course lah I jawab tak!

Heheh. Walhal, lepas kerja macam ratu MC gitu. Hahahaha.

Overall, I conclude yang MH's interview lagi tough dari AAX. AAX bit simple, but maybe because I was from MH so ada sedikit advantage disitu compare to fresh candidate kan.

But all of these are only my experience yang maybe you guys boleh jadikan rujukan untuk membayang kan how the interview goes. Maybe pengalaman you lain dari I, and lagi mudah, who knows kan?

So I am wishing you guys yang betul-betul nak jadi pramugara dan pramugari, a very good luck and may God ease everything for you.

One simple advise from me, kerjalah because you really want it, kerjalah because it is your truly passion dan bukan kerana glamour semata-mata. Because why?

Kerja ini, being a Flight Attendant is farr away from glamorous world, it is far and more than that.

I will share more apa sebenarnya kerja Flight Attendant ni later okay?



tips menjadi pramugari #2 (MALAYSIA AIRLINES FLIGHT STEWARD/ESS INTERVIEW)

Hi dan salam Maal Hijrah semua!

Semoga kedatangan tahun baru ini membawa seribu kebaikkan dan kebahagian untuk I dan kita semua, okay?

Mana yang belum kahwin, I doakan cepat kahwin dan ditemukan jodoh seperti yang diharapkan.

Mana yang belum dapat baby dan masih berusaha beriya-iya (macam I), semoga Allah perkenankan doa kita, dilimpahi rezeki dan kurnia zuriat yang sihat dan ramai. Amin.

Hihi.

I tengah try to blog dari phone ni. Since rumah I seriously macam tongkang pechah, internet pun dah tak ada sebab erm, we are moving out? Yes. We are moving out.

Seeeeeeeeee.

Dah sampai London dah kita padahal nak cerita bout stages in Flight Attendant's interview je.

We shall start la ya?

Malaysia Airlines Flight Steward/ess Interview.

MIND YOU THIS WAS DURING MY TIME, BACK IN 2005. THERE'S MAYBE SLIGHTLY CHANGES IN TERM OF PROCEDURE NOW.

1st STAGE

- isi form, kepilkan gambar dan resume.
- ukur tinggi dan berat badan ( if lepas min requirement, then boleh proceed ya? If dari runah dah ukur rasa macam tak boleh lepas, perhaps masa depan you lebih cerah dalam bidang lain)
- selalunya candidates akan di beri number giliran
- 5 candidates sekali di panggil at one time, masuk dalam interview room. There's 3 interviewers duduk di depan candidates.
- this stage is only casual talk. Normally dia akan suruh you introduce yourself, so you cerita je lah apa-apa bout diri you, hobby you and family or education background.
- masa ini adalah sangat penting untuk you relax se relax yang mungkin, dont be so stressful, tak perlu nak formal sangat. If you nak add on some humor pun that's truly recommended.
- I ingat lagi masa ni the interviewer asked us to pilih antara 3, nak buat mana satu? Cerita sedih, cerite lawak or menyanyi. Cuba teka I buat apa? I nyanyi okay? Nyanyi! Thing that I never do actually. Lagu apa? Biarlah rahsia.
- settle this stage, diorang suruh you tunggu luar, and they will let you know siapa been selected for 2nd stage.

2nd STAGE

- this stage simple. Simple gila. All you need to do is to present yourself. They will ask you to catwalk around the room, check your hands, fingers, rambut, telinga (ada cuping ke tak), kaki you ada parut ke tak and your body hygiene. Serious.
- then you are require to write an essay. Yes, an essay people. Sebiji macam exam paper BI for SPM. Masing-masing akan dapat kertas soalan, dan startlah write the jawapan. As for me, I still remember my question was;

" What do you think about piracy in Malaysia?"

Krik. Krik.

Macamana tu?

- if everything is okay, there you go!

3rd STAGE

- yang ni paling crucial dan kritikal uolls! I tak tahu lah macam mana I managed to pass this.
- this stage dia panggil 5 candidates juga sekaligus, then interviewers ada 4 orang. Dari HR rasanya. They will ask you on current issue. Yang menang stock-stock baca surat khabar or nerd punya soalan. Hihihi. Kalau tanya pasal artist ke, gossip ke okay lah jugakan? Very the kacang!

Mine was;

" RIVER POLUTION, WHAT IS THE SOLUTIONS?"

River dia tanya I? River? Dia taktau ke I geografi pun failed. Hahahah.

Tapi sebab ada 5 orang kan? So its more like discussion. Selit-selit sikit je bila orang cakap. Ala-ala MUET gitu!

Last stage ni juga mereka akan beritahu sama ada you terpilih or tak. If yes, they will issue a letter untuk buat medical check up at one of their appointed clinic.

As for me myself, interviews on Thursday, check up on Monday, and 2 weeks later they called me to collect the appointment letter and agreements.

Tapi,

yes ada tapi.

I tak pergi pun masa first time they called me, after third time then baru I decided untuk pergi okay.

Kenapa?

You may ask.

I will tell you some other time, okay? Promise.






Friday, October 17, 2014

terbang tunduk

Pejam celik pejam celik dah Jumaat dah pun.

How time flies, kan?

I busy sikit for the past few days dengan kerja-kerja rumah tangga dan studio. Sampai naik jerawat sebiji di hidung! Dah serupa rhino dah. Tapi rhino yang comel la. Hahahaha.

Walaupun I tak blog semalam and a day before semalam, I pergi jalan-jalan kat blog orang okay. I suka baca few blogs lah, nanti I ingat nak buat blog list kat sebelah ni, so that senang I click-click je. Tapi nowadays ramai dah yang kurang blog because they love to writes or to share about things or their lives, banyaknya blog sekarang buat duit dengan review kan? So review-review ni kureng sikit lah.

Anyway, dunia sekarang ni mostly orang dah tak fikir perasan orang lain kan? I tengok instagram and FB, ramai gila orang yang tak berfikir sebelum bercakap. Ataupun diorang fikir, tapi tetap juga nak cakap tanpa fikir akibat dari mulut lepas diorang tu. Ataupun diorang fikir apa akibatnya tapi nak juga cakap sebab barulahh feeling hero, outspoken and open minded. Entahlah eh, I tak tahu lah sama ada kita ni dah tak ada adab ke macam mana?

Contohnya, I tengok those yang comments kat Fynn Jamal punya gambar-gambar tu. I suka je tengok, sebab caption dia panjang-panjang, gambar dia cantik-cantik lah pada mata I. Mata orang lain I tak peduli, hahah. I tak faham kenapa orang sibuk sangat nak bagitahu dia cara macamana nak ajar anaklah, apa dia yang di patut buat dan tak patut buat. Dan ada comment yang condemn and kutuk gila-gila cara dia berpakaian lah, cara dia treat Arjuna dia lah, senang kata semua benda lah tak kena.

Eh. Korang dah kenapa?

Tak. I bukan fans dia. Serious. Lagu dia pun I tahu 2 3 je. Bukan 'karatz' dia lah bak kata haters-haters Fynn Jamal. Hahaha.

To be honest, I ada je tak setuju dengan gambar dan caption dia yang dia upload. Yang I rasa akan menimbulkan kekecohan. Sebab sometimes ayat-ayat yang dia guna pun ala-ala provoke. Tapi, I tak adalah tergamak nak cemarkan instagram dia dengan pergi comment nasihat-nasihat yang memandai or kutukan yang melampau.



I pun rasa dia berubah, adalah sedikit perubahan dia berbanding dulu. Well, manusia memang akan berubahkan. Tak kira lah jadi lebih baik or lebih jahat. Dan terpulang pada kita nak menerima atau memandang dari sisi mana. As long as dia tak kacau kita, tak ambil laki kita, tak guna duit kita, let them be lah.

Ke susah? Susah nak tengok orang senang agaknya, kita ni.

Bukan dia je lah, I bagi contoh 1 je. Ramai lagi kot artis dan public figure yang terima nasib yang sama. Deep down, I kesian wehh. Ini agaknya harga yang perlu di bayar untuk jadi terkenal. I tak sanggup! (well, macamlah I ada chance jadi artist kan? Artist celah mana lah tu!)



Kenapalah kita tak boleh nak berkasih sayang sesama kita kan? Tak boleh ke kita anggap orang sekeliling kita as family, kakak kita, adik kita, mak cik pak cik kita? Tergamak ke kita nak cakap benda kasar-kasar kat diorang? Yang boleh melukakan hati orang. Kalau kita tak mampu nak gembirakan hati orang, jangan sakitkan dah cukup dah.

Kan dapat pahala menggembirakan hati orang? Walaupun dengan sedikit puji-pujian dan senyuman?

As simple as this;

If you have nothing nice to say, say nothing at all.

Or,

Keep it to yourself, bi**h!

Ha, pilihlah mana satu.



Wednesday, October 15, 2014

tips untuk menjadi pramugari

Hi semua!

Kita stop sekejap lah kisah chenta I tu ya? Bagi ruang untuk entry-entry lain pula! Hihi, tapi kisah chenta I tu akan diteruskan, if tak ada orang nak baca pun takpe, sebab nanti esok-esok bolehlah I baca semula. Reminiscing old memories, gitu! Takpun, manalah tahu diduga nanti (mudah-mudahan taklah ya, mudah-mudahan kami bahagia selamanya, amin!), I bolehlah tunjuk kat husband I how far we made through and how sweet we started things, so might as well we put everything aside and fight for us forever!

Okay. Melalut. Over kan?

As for today, I'd like to share on few tips untuk menjadi seorang pramugari. Tips untuk succeed dalam interview. To tell you, it is not that hard and not that easy either.

TIPS UNTUK MENJADI PRAMUGARI

I pernah serve for 2 airlines. Both Malaysia-base. Rasa- rasa orang pun boleh teka airlines apa kan? Yes people, it's MH & AAX.

Basically interviewnya lebih kurang sama. Ada beberapa stages yang kita kena harungi. Okay kita brief satu-satulah ya? We shall start with the tips first.

1. KETINGGIAN YANG MENCUKUPI & BERAT BADAN IDEAL.

Yang ini paling penting ya? Sangat-sangat penting. Di samping syarat-syarat lain, I rasa syarat ni paling ketara penekanannya. Sebab tak ada gunanya kita pergi interview kalau basic requirement macam ni tidak di patuhi. Kenapa I cakap macam ni? Sebab I experience sendiri di both interviews, ada candidates yang tidak menepati syarat ketinggian ingin mencuba nasib.

Normally, dalam iklan pencarian tersebut, memang dah siap-siap tulis berapa minimum required height untuk perempuan dan lelaki. Lain airlines lain minimum height yang diperlukan. So ukur siap-siap dari rumah, don't waste your time pergi interview just to get rejected at the first place, kan?

Dan, pastikan berat badan anda ideal. Bersesuaian dengan ketinggian. Because, Flight Attendant / Cabin Crew / Pramugari/a are their front liners, so they want those who looks good in their uniform, those who can be their little ambassador.

2. BERSEDIA ( WELL PREPARED).

Sebelum pergi ke interview esoknya, apa kata you take time go thru your resume, update mana yang patut, sediakan gambar passport dan gambar full length, baca suratkhabar, browse thru internet, ambil tahu isu-isu semasa sikit,  Tidur awal, bangun pagi, and pergi ke interview tu seawal yang you boleh.

Walaupun dalam iklan stated it starts at 9AM, be there early. Sebab manusia yang nak jadi Flight Attendant / Cabin Crew / Pramugari/a adalah super ramai. You'll be surprise kalau datang lambat sikit and the queue dah pun sampai Johor. Lagi awal you sampai, lagi cepat you dapat turn, lagi cepat you settle kan? Taklah pudar semangat you menunggu seharian.

3. BERSIH & JANGAN OVERDRESS.

Wear accordingly, and decent. Tak perlu dress up macam nak pergi party or clubbing. Yes, it feast our eyes but we don't need that today. Not on interview's day, please?

Put on a very nice, neat and little make up. Mesti make up ya? Jangan pergi pucat lesi saja. Make sure you well groom. This applicable bukan untuk perempuan saja, but to lelaki as well. Trim all janggut, misai and whatever thing yang sepatutnya tak ada di muka anda. Rambut make sure rapi, letaklah sikit hair gel so taklah macam baru bangun tidur. For girls, rambut pun mesti neat. If you nak bun, do it nicely, if you nak let it go, just make sure it stays and tak mengerbang. Not a pretty sight, I guess.

And your cleanliness sangat penting. Tak mahu body odor, gigi bebas dari cili dan bulu hidung tak terkeluar. Sembur perfume harum-harum sikit.

Oh yes, baju sila iron!

4. JADI DIRI SENDIRI & YAKIN

Tak perlu nak overconfident, just be yourself, jangan nervous sangat, enjoy the interview, jawab sebaik dan sejelas mungkin,

Senyum.

Serious, senyum sebanyak yang boleh. Bukan sekadar pada interviewer, tapi juga pada orang sekeliling. Jaga adab and gesture, because we never know who's watching.

There you go.

Sebenarnya taklah susah mana pun nak jadi Flight Attendant / Cabin Crew / Pramugari/a. Cuma you kena aware dengan kehendak airlines dan penemuduga ni semua.

Nanti I sambung pula stage-stage dalam interview tu ya?

Good luck untuk siapa-siapa yang sedang menunggu interview, semoga dipermudahkan segala dan diharap tips-tips I ni dapat membantu.





Sekian,

Dari pandangan dan pendapat iklas seorang bekas pramgari.

Hihi.



Tuesday, October 14, 2014

how we first met #5

A very tiring day for me.

I terkejar-kejar since morning sampailah ke petang. Pick up some stuffs at the studio, then drop by at another meeting point, then tunggu orang datang rumah pula. Mengantuk sangat rasa, tapi nak tidur in between tu macam tak menyempat.

Okaylah, before I doze off to lalaland, might as well settlekan sikit lagi cerita chenta I dengan husband ya? Hihi. Sampai mana dah? Let me check previous entry.

Jap,

Ahh, okay.

Actually, pertemuan pertama kami taklah begitu memberangsangkan. Hahaha, having said that I rasa macam cannot go saja mula-mula. Wahhh, berlagak kan? Tapi okaylah, buat peneman kebosanan kan? Sesekali ada kawan nak SMS time-time boring, kira bolehlah. At the same time, I kawan juga dengan ada 2 orang mamat ni. Selalu-selalu jugalah SMS. Hahahaha. SMS je lah mak mampu, uolls! Nak date-date memanglah tak kuasa. Ye, I am lazy liddat. I tell you, after my 5 years abusive relationship before, I memang tak de lah nak fikir nak cintan cintun or build up new relationship ke apa ke. Letih.

Cadang-cadangnya, jumpa je siapa-siapa berkenan nak kahwin je terus! Hahaha.

Oh okay, then what happen next eh? Oh, I invited him to attend my cousin sister punya wedding, he could not make it sebab dah start masuk line (macam practical lah). So, nevermind then. Then kitorang keluar few days after Christmas 2010. Tak ingat exact date. But if I asked my husband, he surely remembered.

Yes, kali ke dua date (date ke?), kitorang pergi KLCC. Tengok movies. Iya, movies ya? 2 movies in a night. Ha, yang ni I ingat cerita apa. Hantu Kak Limah Balik Rumah and Guliver's Travel. We had so much fun that night, sebab husband I memang kaki movie and I kaki makan. So dapat makan and movie, we considered it as great outing!

Walaubagaimanapun, pertemuan kedua ini juga tidaklah membuahkan perasaan suka, sayang, mahu pun cinta. Masa ni I rasa biasa-biasa je. Tapi I rasa seronok keluar with him, I rasa selesa and I rasa fresh! Tak kekok atau macam control-control gitu. Mind you, I tak pernah kot keluar berdua dengan lelaki atas urursan selain dari kerja dan ditemani oleh orang lain. Ha, selalu my housemate Lisa lah jadi mangsa.

But with him, sejarah tercetus okay!

Huih, panjang lagi nak cerita rupanya ni sampai he proposed me to be his girlfriend. Yes, girlfriend je pun, bukan isteri yet. Hahaha.

To be continue la eh? Mata dah kalit-kalit dah ni.

Good night beautiful people!


Monday, October 13, 2014

segalanya musnah

Stressnya I!

I supposed to pick up something by today tapi happen to be that things tak ready lagi. Eh stress tahu tak? Semalam beriya okay cakap by today I can have it, tapi tengah hari kata tak siap packing la apa la.

They asked me to pick up by next morning! Ei, rosak plan I hari ni tau. We shall see if tomorrow everything's ready as per instructed. Janganlah main-main dengan I bab tukar-tukar plan ni. If any changes, let me know earlier. I tak bolehlah orang simply tukar plan ni, tak fikir and hormat masa orang lain ya? Ingat I ni melangut saja? Cantik sikit okay.

Nasib husband belanja I makan tomyam tadi. Hihi. sejuk sikit hati den. Siap tapau putu piring. Nyammm! We discovered new place for makan. Ala, warung-warung tepi jalan je pun. Tapi okaylah, tepi tasik, not bad! I kalau bab-bab makan ni okay je, bawa I ke ceruk mana pun I suka. Tapi, jangan offer mamak la ya? Cannot go!

Bagi I, mamak tu cuma okay untuk breakfast. Roti tulur 1, dal sambal! Kalau makan tengah hari or malam nak ajak I ke mamak, errr tak berapa ngamlah! Tak, bukan memilih, cuma tekak tak suka! Tapi husband I suka je! Dia kata makan mamak berbaloi! Nasi putih, ayam goreng dan kari kasi banjir. Yick!

I fancy makan kat warung-warung. I rasa macam best je. Plus susah kot nak makan warung, sebab susah nak parking. Kalau kat mall tu apa je yang macam warung, semua pun lebih-lebih ke western. Okay lah western, tapi kalau makan selalu boring juga! Jelak!

Eh, apa ni? Tadi nak meroyan pasal plan changes je, tetiba masuk bab makan pula! Nampak sangat pelahap ya. Hahaha.

Sunday, October 12, 2014

how we first met #4

Hi semua!

By the time you guys reading this, I most probably busy running here and there catching up appointments and picking few stuffs. So I schedule this post earlier! Hihi. Ha, nama je surirumah ya? Tapi still ada benda-benda kat luar nak kena settle kan. Sebab selain menjadi seorang surirumah, I juga ada venture into few businesses. Yang ni nanti later-later I cerita okay?

OMG. I baru perasan dah sampai 4 episodes dah cerita macam mana I berkenalah dengan my husband. Dah panjang sangat kot? Hihihi, I hope by 5 episodes I selesailah bercerita ya? Sebab banyak lagi benda yang nak dibebelkan ni.

Okay, nak cerita bout our first date tu kan?

I tak tahu lah boleh consider date ke apa kan, but it was like first time kita nak keluar semua bukan atas urusan kerja. Macam the last time I adalah jumpa dia accompany dia for castings and shootings, tapi tu lain ceritalah kan.

So lepas I selesai training as Flight Attendant, we planned to go out. Janji dalam pukul 2 macam tu, he will pick me up at my place. Tapi teka pukul berapa dia sampai?

Bukan pukul 2.30,

Tidak juga pukul 3.45,

Tapi,

Pukul 4.30 macam tu baru dia muncul, my god! I masa tu serious dah berasap dah. I memanglah tak suka menunggu. You janganlah suruh I menunggu, I just hate it. I bab-bab menunggu dia memang tak ada kesabaran. For me, 10 to 20 minutes late still acceptable, tapi kalau dah 2 jam lebih memang gilalah dia ni kan!

Okay, dahlah lambat, tahu tak dia datang pakai baju apa? Pakai tshirt, dibaluti sweater ke jacket adidas dan berseluar pendek celoreng askar. I sumpah tak tahu nak marah ke nak gelak. I ni kira okaylah juga, tak adalah bersiap beriya, tapi kira presentable la sikit. Tapi dia? Seluar pendek tu yang I tak tahan tu! Dia nak bawa I pergi mana? Pasar malam ke? Hahaha.

Tapi I keluar lah juga, memikirkan dia pun dah sampai.So to Wangsa Walk we go! Kenapa Wangsa Walk? Entah, I pun tak tahu.Yang pasti, pergi Wangsa Walk makan waffle kat A&W then dia tanya I nak kemana lagi?

Cepat-cepat I jawab;

'Nak balik'

Hahahaha.




9 ways to say “Thank You” to your friendly Cabin Crew

Hi semua!
I'd like to share this article written by Mr. Azuan Zahdi.
I rasa article ni sangat bagus and sangat harmony. It will be great kalau semua orang yang naik flight practice all this.
Afterall, tak ada salahnya kalau kita berbaik dan bermanis muka bersama Flight Attendant/Cabin Crew. Hihi. Silap-silap dapat some souveniers and extra peanuts!
Anyway, thank you sir for writing this!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Flight attendants, cabin crew, stewards/stewardesses and air hostesses are some of the different terms use to describe the same basic role of the airline personnel that ensures the safety and comfort of airline passengers from boarding to disembark. While a career of a flight attendant might be seen as a glamorous life in the skies, it requires strong people skills and patience to deal with all kinds of passengers on a daily basis. Underneath those friendly smiles and elegant-looking uniforms are ordinary average Joe’s & Jane’s like you and me.
Here are some of my usual ways (not in any particular order) of showing appreciation to flight attendants on many of the flights that I took and hopefully made their task a bit easier:
***
1) “Hi…” and “Thank You”
SONY DSC
In my opinion the very least that a passenger should do is to say “thank you” or “have a good day” while exiting the plane. A nice “Hello…good morning” or “Assalamualaikum” during boarding would be nice as well. I have personally seen people just ignoring those “welcome onboard” greetings given by the crew during boarding as if the crew were not even standing right in front of them.
2) Listen and observe the flight safety demo
SONY DSC
I am quite a frequent traveller with local airlines and most of them still have the crew doing the flight safety demo manually. Show some respect and appreciation by listening and observing the crew. There is no harm in spending one minute refreshing about how to operate the safety life vest and the location of the nearest emergency exit etc. After all there is no better ‘excuse’ to just continuously look at the crew for a good one minute :)
3) My carry-on bag, my responsibility
SONY DSC
Through my observation I realised that it can be quite frustrating for cabin crew when passengers try and cram as much hand luggage in the overhead compartment as possible. I would usually take the effort to travel as light as possible with my small carry-on bag and would always put it on the overhead compartment myself. Follow the advice of the crew and whenever possible put those bags up there yourself. I think it is fair for the cabin crew to help passengers that have difficulties reaching the compartment but I have seen a bit too many times rude passengers just leave their luggage at the aisle and just signal the crew to “put it up there”. By the way let’s put those smaller plastic bags underneath the seat in front of us, ok?
4) Clear your own rubbish.
4
For some airlines it is the responsibility of the cabin crew to clean up the cabin in between flight sectors. Let us all be helpful and clear our own trash rather than stuffing it up in the seat pocket. Little things that make a lot of difference.
5) Switch off that phone.
SONY DSC
“Sir, swith off your phone please…”; “Sir, once again, please swith off your phone”, “Sir, for the last time, please switch off your phone and do not jeopardise the safety of other passengers” . I have heard this a few times. While this may not be a way to say “thank you” to the crew but not turning your phone off is an easy way to piss the cabin crew (and maybe your surrounding passengers). Help the crew by switching your phone off/flight mode the moment the aircraft is being pushed-back.
6) Go easy with the “crew call button”.
SONY DSC
There is nothing wrong with asking for additional drinks, peanuts or blankets but do it at the right time. During long haul flights especially when I am stuck in a middle seat, the crew call button has proven to be very important as I can have my drinks late at night without waking other passengers. What I don’t understand is seeing passengers (3 so far!) hitting the “crew call button” more than 3 times in a short domestic flight repetitively asking for the same things (peanuts, drinks). While you have every right to be served as a passenger, please be reminded that there are hundred other passengers that probably pay the same fare as you, so let us give the crew some time to serve everyone first before attending to you once again, ok?
7) Ask before you swap seats.
SONY DSC
Everyone wants to have empty seats next to them so they can take a two or three seat nap across the row especially during long hauls. It is normal to change seats but please wait until everyone has board the plane and the door have been closed before you make any move to secure those empty rows. It can get a bit messy when passengers start to swap seats while boarding is still commencing. I would usually ask the crew about the load factor during boarding and would only move towards the empty seats after checking with the crew if it’s ok to do so as some of the seats are reserved for crew rest.
8) In-flight meals tray – ready to be cleared.
8
After enjoying the delicious (or not!) in-flight meals, the least I can do is to make it easy for the crew to clear my tray. I guess this is similar to the concept of clearing your own tray after eating at fast food outlets.
9) Write a “Thank You” note.
9
I do this every time I observe something beyond expectation kind of service by the cabin crew. I have written feedback forms both in-flight and on-line and I would encourage more people to do it as well. A compliment letter/feedback form/email goes a long way in recognizing a good effort.
***
Cabin crews are there to serve us as paid passengers of the airlines. They are well trained to handle hundreds of passengers per day. Let us try to make the sky a bit friendlier by treating each other well. Have a safe and comfortable travel. Blue skies ahead.

how we first met #3

Yippie yippie!

How's your Sunday so far? Hihi. Mine is awesome! My lil brother and fiancee come and visit me just now, to drop barang-barang hantaran untuk I gubah nanti. He's getting married, remember? Like real soon! Uwaaaa!

We had pizza for lunch, and now he left for a wedding at Subang.

So I pun kemas-kemas lah rumah sikit as usual, then now since dah tak ada apa nak buat might as well kita sambung cerita 'how we first met' lah okay? After few posts dah tak 'first' la kan? Should have changed the title to 'how we met' instead. But duh!

Okay.

After I detached my self from him, dan memang tak contact langsung untuk beberapa ketika, I pun busy menjalani kehidupan I. That time I was into troublesome relationship kan, ibarat retak menanti belah. I memang tunggu masa yang sesuai dan point yang kukuh je untuk walk away dari relationship tu, Point dah banyak actually, tapi since we were colleague so it would be hard untuk break off and just move on macam tu je.

So what I did was, I cari kerja lain.I start searching here and there, sending resume and attending interviews. Mostly as kindergarten's teacher. Sebab I memang target and nakkkk sangat jadi cikgu tadika.

Then entah macam mana, my housemate masa tu ajak pergi Flight Attendant's interview. Ada 2 interviews kitorang pergi, Middle-East base and the other one is AA-Kuala Lumpur Base. That was right after Raya 2010.

Kelakar je both of us terkedek-kedek pergi interview tu, picking our clothes, what to wear, putting on  make up and bla bla bla. So bila pergi interview tu kami macam terpisah, sebab she was fresh applicant and I was experienced applicant, sebab I was with MH before.

To cut it short, I got selected for the vacancy, but Lisa did not make it. So kenalah lapor diri. Mid of October 2010 I lapor diri di Academy AA for the training session. But I seriously memang tak ingat langsung about him.

Yes, sampailah satu hari. One fine day tu I balik dari training, so sampai rumah I pun browsed la FB. It was his birthday, appear kat notification Fb tu! I pun wish him happy birthday semua, sambil tanya if he still training or dah start working on the line. He said he still undergo training at the Academy.

I pun tanyalah a bit details like in which classroom his batch in, and dia pun start curious how come I knew so much about the academy. I told him yang I pun training for flight attendant and ada few more weeks to go. He's kinda excited and ajak jumpa uolls!

Memanglah I tak nak. Hahaha, yes, keji I know.

Tapi memang rasa macam, eh, taknaklah jumpa dia ni.

3 days after his birthday is my birthday. Yes people, we are couple made in heaven but never know earlier. Ha, boleh gitu? Hahaha.

He asked me out and wanted to belanja makan after balik dari training. Memang taklah kan, balik pun sampai rumah dah pukul berapa, I baik punya tertidur. Woke up only to realize his SMS.



Next few days, tanpa di sangka-sangka he found me at the cafe academy. I punyalah nak mengelak, dia boleh selamba je walk towards me and duduk betul-betul depan I. Dah lah masa tu my batch penuh satu meja tu, I macam, ala, malunyaaaa.

He first question was;

'Awak dah break off ke dengan dia?'

Style kan? Dengan rambut dia yang semakin panjang curl-curl tu, dengan kurus dia tu. Agak comot ya kawan-kawan.

I tergamam.

Then sambung borak sikit-sikit, sebab lunch time about to end soon.

Next nanti I cerita our first date ya? Not to say date la, tapi first time keluar berdua. Ini pun ada kejadian yang buat I rasa marahnyaa dengan mamat rambut curl ni!

Saturday, October 11, 2014

how we first met #2

Happy Saturday, semua orang!

So weekend ni buat apa? Surely banyak jemputan kahwin here and there kan? As for me, I have errands to settle by today, so just awaits for the husband to wake up.

Kita sambung cerita semalam lah, ya?

Okay.

Here goes.

He was one of the talents, so adalah jumpa few times for casting and shooting. Sembang-sembang biasa je okay, nothing much nothing more. I remembered ada sekali tu casting, he came dengan motor lah, then bila dia masuk studio, rambut dia all selepet okay. I was like "Euuuwww". Hahahah. He said sebab dia pakai helmet kan, so memanglah rambut penyet. Okaylah, whatever lah kan. He succeeded for few commercial jobs, he was so good in expression and acting.

And then one day tu he's been selected for our project, so dah datang briefing and all that, a night before he siad he couldn't make it. Sebab kena kerja lah apalah. Mind you masa tu dia still training under AA. Okay, lupa to mention, this was back in 2008/09 macam tu la.

I was so kelam kabut nak cari replacement kan? I ada satu perangai yang kalau I rasa orang tu memberi masalah kepada I, I akan straightaway detached dari dia. Lagi-lagi talents kan? Since that I memang tak offer any jobs or casting to him.

So kitorang pun macam disconnect for a while. Adalah once in a blue moon dia SMS or YM I. Yes, dulu YM is one of the main medium for communication okay. Ada satu malam yang hening tu (woah), dia YM I, that time I macam tengah conflict dengan my bf. Hahaha iya, masa tu dah ada bf, that was the reason kenapa I tak flirt around, much.

Entah apa yang I bebelkan ke mengadu apa entah, tiba-tiba he went;

" Saya kan ada"

And I was like;

After typing and delete for few times

" Awak jangan nak mainkan perasaan saya.."

And I logged out, just like that.

Hahaha.

Boleh ke macam tu?

This was told by him ya? Dalam banyak-banyak benda, dia ingat conversation ni. Bukan, dia ingat semua conversation kitorang kot.Tapi kan, my husband kan dia jenis yang ingat semua details kot. If you tanya I bila exact date we started to date, I sumpah tak ingat. But he remembered every single thing about us. Apa yang I pakai masa first date, kat mana our first date and so on. Masa buat video pre wed pun, I macam banyak gila tanya dia to confirm before the interview. So teruk I ni!

Okay, sambung balik. Lepas ber-YM tu kitorang continue membawa haluan masing-masing. For almost 2 years jugalah, until...

Yes, until satu hari yang menemukan kami dalam situasi yang berbeza.

Er, sambung lagi boleh tak?

Nanti yaa!

Oh, belanja 1 gambar okay? :p





Friday, October 10, 2014

how we first met #1

Hi semua!

Most of the time dalam hidup kita ni, all about jodoh dan rezeki kan? I selalu terfikir apalah yang I dah buat pada masa lalu sampai I deserve untuk rasa apa yang I rasa hari ni. Honestly I rasa bersyukur sangat-sangat. Bangun pagi-pagi, tengok ada husband kat sebelah, rasa bersyukur. Bangun pagi-pagi, tengok langit cerah, haih bertuahnya rasa, Bangun pagi-pagi, breakfast sedap-sedap, seronok dan rasa berterima kasih sangat, Allah beri lagi I peluang baiki hari semalam dan buat lebih baik everyday.

Sebenarnya nak cerita how first I met my husband, hihi. Menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang I tak pernah terjangka akan berkahwin dengan beliau when we first met, adalah antara perkara terindah dan terbaik berlaku dalam hidup I.

In between I kerja dengan MH dan AirAsia, I jumped into this talents business where I manage talents and coordinate photoshoot and all that. Ala, some sort macam talent agency gitu. Tapi memang talent agency pun. Muahoho. I jumpa ramai orang, sangat ramai ya, Bermacam ragam, baik yang perempuan mahupun yang lelaki. Yang ni nanti I cerita later.

Tapi, yes ada tapinya. Walaupun I kerja dalam bidang tu, I always draw a line between me and talents. Maksudnya, work is work. I ada this thought that it wont be nice to date my own talents. Cakap besar okay, yang I memang tak akan date with my talents. Entah, entah kenapa I macam tak suka orang yang into this line. Pelik kan? Eventhough I manage them, I macam tak setuju kenapalah diorang ni semua nak jadi talents. Faham tak? Faham tak?

Happened to be, my now husband was my talent before. Muahohoho. Actually tak adalah I put gap dengan semua talents pun, I adalah rapat with few of them. Perempuan and lelaki. Surprisingly, yang I rapat tu mostly jadi good friends pula!

When we first met, after the photoshoot session, all of us go minum together. He was attached with another 2 female talents, so kiranya 3 of them ni berkepit sajalah all the time. And yes, being me I teased him kaw-kaw and gelak-gelakkan dia. Siap matching-matching kan diorang lagi.

Hahaha.

But he's very nice and soft spoken. Dia senyum je kot. And masa minum tu I just realized how good looking he is. Dengan kulit bronze dia, dengan mata coklat dia, dengan hidung mancung dia, despite kurusnya dia macam mat rempit back then dengan rambut curl gulung-gulung. But that was it lah. Tak adalah sampai teringat-ingat.

Then...

To be continue okay people!


cerita raya

Hi semua,

Nothing much on my raya. Semuanya okay-okay je. Sebab I only balik raya on pagi raya itself, hari Ahad tu. Lepas suami terchenta pulang dari kerja, siap-siap semua terus pecut balik kampung. Kampung dekat je you, 1 jam setengah from KL to Muar. Jalan clear se clear-clear nya!

Adik-adik I semua balik juga. Bobby balik on Saturday morning, Nini dah sampai earlier on Friday. Nini pun cuti raya sekejap ke, by Monday dah kena balik kolej. Anyway, masa bersama tu well spent. Puas hati lah dapat bergossip sakan dengan adik beradik dan Mommy. Hihihi, things that I always looking forward to.

Sekarang kan, walaupun cumalah seorang surirumah (chewah!), tapi I feel so blessed sebab I dapat spend most of the time dengan family, be there whenever they need me. Just imagine kalau I still fly, memang susahlah kot nak cuti time-time crucial macam ni. Flight Ops confirm call punya kalau I on standby. Tapi kan, I wasn't a good crew pun before. I tak boleh okay kalau pergi kerja hati tak senang. Banyaknya I MC je! Hehehe. Serious, few months before I left the airline, I memang dah tak ada hati nak kerja.

Bayangkan pergi kerja sambil nangis-nangis, make up sambil cebik-cebik muka. Macam mana tu? My back then boyfie now husband lah yang stress to calm me down everytime before flight. Hahah gila punya perangai. Mengada tak tentu hala!

I bersyukur sangat I decided to left the company, left the job and do my own things. I rasa ini adalah keputusan yang terbaik I pernah buat dalam hidup I. Kalaulah sekarang I dah kahwin and still flying, maybe lagi teruk mengada I tu. Kena seret pergi kerja agaknya. Tapi for those yang still flying, they have my respects. Pergi kerja, fly jauh-jauh, tak tentu balik dengan selamat (minta dijauhkan segala malapetaka dari mereka), tinggalkan orang yang tersayang dan anak-anak adalah pengorbanan yang sangat-sangat besar.

Therefore, kalau you all on board, be nice to them. Ada apa-apa tak puas hati, speak nicely. After all, diorang manusia juga, ada hati dan perasaan. Most of the time kita nampak diorang senyum, but deep down inside kita tak tahu apa dalam hati diorang. Tak salah kan kalau kita sesama manusia jaga hati sesama kita?

Selamat menyambut Aidil Adha semua!

P/S : Yes, sometime I rindu to fly again, I rindu the sensation and the feeling of take off dan landing, I rindu rasa turbulence di udara, I rindu semuanya being flight attendant. Tapi I guess rindu tu cumalah rindu.

Friday, October 3, 2014

tips nak kahwin

Okay peeps!

Hari ni nak cerita kahwin-kahwin la okay? I baru kahwin 4 bulan, baru sangat lagi. So kalau nak bagi tips-tips kebahagian rumah tangga tu belum wajar lagi kot. Buat kena gelak dengan orang yang dan 10-15 tahun kahwin je nanti.

Banyak benda I belajar bab kahwin dan rumah tangga ni, dan still in learning process. So meh I bagitahu sikit, for those yang nak kahwin tu, ada few things yang kita kena persiapkan. Hihi. Not to say few things lah, actually banyak je kot. Tapi I elaborate sikit-sikit je lah okay?

1. Mental & Fizikal

Seriously sound cliche kan? Tapi ini adalah benda yang paling dan sangat-sangat penting kot I rasa. Kahwin ni bukan cerita sehari saja ya, tapi cerita hari-hari yang mendatang. Kena bare in mind, yang kita dah nak kahwin, kena belajar adapt diri kita dalam kehidupan orang lain, how to blend in dan kena ada toleransi yang tinggi. Dari segi fizikal pula, few months before nak kahwin tu kenalah jaga diri betul-betul, jaga kesihatan, jaga makan, jaga muka, jaga berat badan dan jaga semuanya lah.

Tapi I rasa yang paling penting don't stress out too much. Tapi mana mungkin tak stress kan? Ni kahwin kot, kahwin! Hahaha. I masa nak sanding tu lah, muka keluar ruam la, bintat-bintat laaa, memang biasa tauuu muka ni!

2. Rancang Kewangan

Ini pun penting, rancang sungguh-sungguh. Kahwin ikut kemampuan kita. Jangan meriah dan gembira sehari dua, tapi seksa berhari-hari. Duit bukan kena ada untuk nak kahwin sahaja, tapi untuk kehidupan lepas kahwin. Kehidupan lepas kahwin yang sangat penting.

I rasa ramai silap bab ni, tapi banyaknya bukan salah pengantin tu sendiri. Tapi sebab nak penuhi permintaan mak ayah, atuk nenek, pakcik makcik yang menyebabkan kita forked out a lot of unexpected amount just to satisfy them. If betul-betul mampu, tak salah. As long as semua pun happy kan?

3. Perancangan awal dan teliti

Rancang betul-betul nak kahwin di mana, bila, pakej apa nak ambil, make up artist mana nak guna, katering mana yang sedap, baju nak design macamana.

Ataupun,

Sediakan budget yang tertentu untuk perkara-perkara di atas, untuk lelaki masukkan sekali jumlah hantaran, dan mas kahwin. Bincang berdua tentang budget yang mampu diperuntukkan. Bila dah ada budget, semuanya jadi mudah sebab kita da setkan berapa untuk apa. Kalau last minit sekalipun, bila kita dah ada budget, kita akan suitkan keinginan kita dengan budget. Tapi, kalau da decide awal lagilah senang, perhaps kita boleh jimat few hundred kat satu-satu benda tu.

4. Jangan bergaduh atau melawan cakap Ibu Bapa

As for me, my wedding mostly I plan sendiri dan keluarkan duit sendiri, tapi I akan selalu tanya my mom nak macam mana and so on. Macam my mom dia kata dia nak settlekan part door gift, so I memang bagi dia decide 100% apa dia nak. Dia bagitahu dia nak macamana so I usahakan. Honestly, I rasa menjelang nak kahwin memang tense dan pressure, tapi kalau boleh jangan lukakan hati parents kita.

If kita mampu ikut kehendak mereka, why not kan? If tak, cakap elok-elok I am sure they will understand. Jangan bentak-bentak, so not nice. After all I percaya, redha dan restu ibu bapa tu penting dalam sesebuah perkahwinan.

5. Yakin dan tawakal dengan perancangan Allah

Sesungguh nya Allah sebaik-baik perancang kan? Lepas kita dah usaha dan plan segalanya, kita serahkan kepada Allah, moga-moga semuanya berjalan lancar.


I doa bakal-bakal pengantin semua dipermudahkan segalanya, semoga apa yang you semua impikan dan rancang menjadi kenyataan malah lebih baik lagi!

Selamat melayari bahtera rumah tangga!

Thursday, October 2, 2014

minyak naik? 20sen je.

Hihihi.

Harga minyak naik ya hari ni? Ala 20sen je kan? Chill la. Rokok sekali naik beringgit-ringgit okay je? Lagipun kehidupan perlu di teruskan, yo!

Hahaha. Taklah, kesan dia pasti akan terasa nanti.

Anyway this is just a short update while waiting for my husband to wake up. I was thinking to update on marriage journey, some tips and whatnot. We shall see later camne, okay?

See you around, aligator!