Wednesday, November 26, 2014

mother of 3

Mommy is here! Mommy is here!

Hehe.

My mom baru je undergo operation kat kaki due to lymphoma last Sunday. So Monday discharge, we went back Muar and fetch her. So she's here. Kasihan tengok dia. Jalan pun dengkot-dengkot. Lucky its only sikit je. But still sakit kan.

Having her here rasa rumah macam meriah dan bersinar sikit. It's not that my mom suka bercakap ke apa, tapi I memang suka rumah ramai orang. I suka orang datang rumah, provided inform dulu la kan. Atleast we could prepare something. Kalau datang mengejut terjah je, merasa lah air kosong dan biscuit kering. Almaklumlah bila berdua je kalau ada stock kurang tu buat-buat tak nampak je.

At least adalah chance nak bodek husband makan luar. *alasan barang basah dah tak ada nak masak* hihi. Hi sayang!

So bila mak mak ni ada kat rumah, feeling dia lain. Rasa content. Serious lain. Tak tahu lah I je rasa macam tu or semua orang pun sama.

Dulu kan, I tak rapat pun dengan my mom. Sebab I membesar macam sendiri, then duduk hostel kejap, then duduk dengan nenek sampai habis SPM. Sebab my mom struggle kerja, dan dengan masalah rumahtangga dia seriously memang tak ada masa sangat for us adik beradik.

Ada one time I rasa marah gila kat my mom. Marah sangat sampai I rasa I swear that anything happen I tak nak my mom tahu or masuk campur. Gila kan remaja memberontak ni? Bila ingat balik bangang sangat rasanya. Plus my mom memang garang nak mampus dulu.

Kalau weekend I keluar rumah, nak pergi library ke apa (read: dating), my mom akan make sure I balik pukul 5PM. Yes. Tak ada discount. Tapi selalu juga I terlajak. End up kena duduk luar sampai gelap. Haha. I remember once dia pernah text I;

"Langit dah nak runtuh ni, tak reti nak balik ke?"

Garang sangat makcik ni. Mak siapalah tu.

Bila I start kerja, start membesar (I consider I besar bila kerja dan pegang duit sendiri), I mula belajar hidup melalui pengalaman orang dan sendiri, I tahu Allah jadikan semua ada sebabnya.

Deep down inside me I pernah je salahkan my mom and my father. I dulu always rasa mereka selfish nak jaga keluarga masing-masing sampai lupa hak I. Hak I dan adik lelaki I. I marah bila I tak berpeluang belajar masuk University macam orang lain sebab well, susahkan. I tak ada guidance dan support.

But later, I learnt, tak kisahpun tak masuk University. Atleast I jadi orang. Atleast I berjaya buat apa yang I mahu, I berjaya hidup semacamana yang I inginkan. I berjaya juga obtain diploma (diploma je pun, hahaha) walaupun tak right after school macam orang lain.

Tapi I dapat pengalaman. I dapat kerja dengan 2 airlines and later still dapat diploma, I ada cert in hospitality. Banyak benda Allah replace, Alhamdulillah.

So bila dah kerja sendiri and now dah kahwin, I start to understand her whole situation. How she struggles and juggle for her life. I rasa siapalah I tanpa my mom. Dia bersusah payah lahirkan I, besarkan I juga walau mungkin tak sebaik orang lain, tetaplah yang paling baik Allah dah aturkan untuk I. Sekurang-kurangnya I ada mak.

I thank you Allah for that, for letting me learn life through hard way. Dan tidaklah sesusah orang yang jauh lebih susah. And thank you for at one time I finally realised that I love my mom, cinta yang susah nak gambarkan dengan kata-kata.

Bila I tengok dia tertidur kat kerusi malas sampai merehatkan kaki yang sakit, I know I love her much regardless what. I know I would do what it takes just to make her happy and comfortable. She deserves that not because all her hard work, she deserves that simply because she's a mother. She's my mom.

Thank you sayang, for making life and things much easier with you by my side. Thank you for loving my mom and taking responsibility as a son. I love you infinity.

Thank you Allah for the blessing. Thank you.



Friday, November 21, 2014

misi dan visi

Nak kurus.

Hahahah.

Kelakar kan? Kelakar ke?

Betul weh. Marriage already take its toll on me. I put on weight. Obviously. Baru je beberapa bulan kahwin kan, tapi dah naik berkilo-kilo. Uwaaa. Stress. I suka je put on weight, but not this much lah kot? I rasa by now I dah naik plus minus 6kilos. Which I think that's a lot kot?

I used to weight around 43-45kg back then when I served the airlines. After quit, adalah naik dalam sekilo dua. I would say I look best at 48kg macam tu with my 165cm height. Now the scale will stop at 53.8kg whenever I put myself on.

So. Not. Nice.

I boleh rasa diri I berat, dengan lemak bulging here and there. Please don't say if dari kecil I tak besar jangan nak mengomel naik few kilos dah rasa gemuklah apalah. Seriously memang boleh rasa kot kebesaran dan ketidakselesaan. Perut membuncit jangan ceritalah. I am afraid if people think I am pregnant while I am not. Kalau betul ada baby tu best jugalah kan.

Dulu masa zaman bujang, I selalu rasa kelakar bila orang yang dah kahwin complaint asyik mengomel berat dah naiklah, badan dah berisi lah dan so on. Dalam hati I always tertanya-tanya apa kena mengenalah kahwin dengan berat bertambah.

Heh.

I was wrong, darling. Big time. Dari segi science nya I tak tahu la apa kena mengenanya, Tapi bila dah merasai sendiri, I rasa macamni;

Bila kita happy, kita tend to makan lebih. Dan most of happy moments mesti disertai acara makan-makan. Husband makan, I pun makan. Husband tak makan, I makan juga. Balik rumah mertua, makan sedap lagi. Amboi, makan saja. Belum kira keluar dating, tetap jugalah makan tujunya.

Hehe.

Thank you husband, asyik bawa makan.

Okay. Disebabkan ada kesedaran diri yang tinggi dan nak shed few kilos to look good, just for you husband. Just for you. Hehe. Tak sebenarnya. Diri sendiri rasa tak selesa. So I dah pun menyenaraikan beberapa langkah dan cara untuk menguruskan badan.

1. Kurangkan makan nasi - Checked.

Er, sebenarnya I tak kurangkan makan nasi pun. I cuma tukar ke beras Taj Mahal Herba Ponni tu je. Hihi. I google around, banyaklah juga kebaikkan dan boleh kuruskan badan, so there go! Nasi tetap makan 2 kali sehari. Bijak tak?

2. Exercise - Checked.

Omaigok. This is so lame. And typical. But that's the fact. Memang kalau nak kurus kena exercise kan? Dulu duduk condo ada swimming pool and gym, sekarang dah tak ada. Jogging? Oh. Never in my list. So apa I buat? I tingkatkan activity memasak dan menyapu rumah, Berpeluh-peluh juga okay?

3. Minum mineral water 3 liter sehari -Checked.

Okay, dulu I memang amalkan ni. I akan make sure everyday, without fail yang I akan habiskan 2 bottle mineral water 1.5liter tu. Tapi sejak kahwin tu, I pun tak faham kenapa I kurang minum mineral water dan banyak gila minum manis. I rasa tu sebab I buncit dan berisi kot? Konon-konon meraikan I dah kahwin. Stupid. Hahaha.



BTW,

I baru je start ni semua last few days. Yang no.1 dan no.3 lah, No.2 tu I buat everytime berkesempatan okay. Sebab husband I memang suka sangatlah masakan I *mata keatas, tangan didada*. Hahaha. Hopefully hasilnya memberangsangkanlah.

Otherwise, the husband just have to bear with me lah, sebab dialah I gemuk!


Tuesday, November 18, 2014

suami curang dengan janda sebab isteri busuk dan tak pandai urus diri?

Bullshit.

I memang tak boleh brain this.

For the last few days article dari akhar Sinar Harian went viral. Flooded lah facebook dengan status status dan comment related to this.

I malas nak copy paste the article. It is actually an email yang dihantar ke suratkhabar tu kot?

To brief, kisah seorang isteri bernama Mah, find out yang husband dia curang bersama seorang janda. Mah ialah seorang ibu kepada 3 anak. After gesaan dan tekanan dari Mah, husband dii confess yang dah curang for almost 6 years since dari anak pertama lahir.

So Mah ni tanya punya tanya apa sebab husband curang, the husband pun tulislah surat menyatakan sebab musababnya. Main point nya dia kata Mah tak pandai lagi jaga diri sejak berkahwin, tak pandai berhias dan bersiap, dah tak cantik dan harum seperti dulu.

Okay. So that's about it.

Kalau tanya I, I would say;

Bullshit.

Memang bullshit.

Lelaki jenis macam ni patut kena hantuk kepala dia kat dinding 18kali.

Macam mana dia boleh sanggup compare si Mah yakni isteri dia untuk sekian lama kepada sorang janda?

Isteri penat mengurus anak kot. Anak ada 3 orang. Kecil lagi, nak jaga makan pakai husband lagi, nak jaga rumahtangga lagi. Husband tu pun, isteri dah elok jaga makan pakai awak, pergi kerja smart-smart hasil isteri gosok baju, boleh pula menggatal scandal dan berzina dengan janda?

Tak malu ke?

Tak ada otak ke?

Tak fikir ke isteri hempas pulas kat rumah tu. Entah kadang nak mandi pun tak sempat, apa lagi nak berdandan blow blow rambut color kuku segala?

Sometimes lelaki dan para husband ni fikir, just because diorang bekerja cari duit then bila balik rumah boleh bersidai bersenang lenang terlentang depan TV? Sikit tak tanya isteri apa yang boleh ditolong or offer pertolongan.

Benda simple-simple macam ni tak payah nak ada manual baru tahu nak buat apa. Common sense kot. Balik kerja nampak isteri serabai busuk tak mandi lagi dengan mainan anak bersepah, pinggan tak basuh, cuba tolong offer jaga anak kejap. Suruh isteri tu mandi siap-siapkan apa patut. Barulah awak tak sakit mata.

Dari awak habiskan duit dan masa kat janda, baik awak habiskan duit belikan isteri awak baju elok-elok, haruman best-best, lingerie kinky-kinky, and habiskan masa kat rumah tolong jaga anak dan rumahtangga. Ini baru betul husband yang hebat!

Hal rumahtangga jangan buat main dan lepas tangan. Sendiri curang dan gatal merenyam jangan nak salahkan isteri tak pandai jaga diri. Letak diri kat tempat isteri tu sungguh-sungguh dulu, then baru tanya balik kat diri sendiri, masih berbaloi ke menggatal kat janda yang sedapnya cuma sekejap?

Ala tu pun sebab kantoikan? Kalau tak kantoi memang berpanjangan lah zina tu.

Pokok pangkalnya tak boleh nak salahkan isteri semata-mata, tepuk dada tanya iman. Masa angkat akad nikah dan bercinta dulu, tak teringat ke janji janji kita kat isteri nak sehidup semati susah senang bersama?

Baru isteri serabai sikit, terus bersenang bersama janda. Eh, teruk sangatlah perangai macamni.

Lelaki kena tahu one thing yang isteri ni tahap kesanggupan berkorban dia sangatlah tinggi. Bukan isteri. Tapi perempuan memang naturally macam ni. Kita buruk dan hodoh tak apa, janji suami dan anak-anak kemas dan bergaya. Some of us sanggup lepaskan career dan opportunity yang ada just for the sake of being with the family.

Untuk perempuan-perempuan lain di luar sana, be it janda or anak dara. Please lah, stay away dari suami orang. Build a wall, or draw a line. Always tahu limit. Kita sesama perempuan kenapa nak melukakan hati perempuan yang lain. Our pride and price is much higher than that. Satu hari nanti kita akan bergelar isteri, jadi fahamilah perasaan para isteri yang lain. Kita tak nak jadi punca keretakan rumahtangga orang kan? Dan kita pun tak nak rumahtangga kita suatu masa nanti retak, just because ada perempuan lain buat special appearance.

Untuk para suami, awak semua adalah ketua dan imam untuk para isteri, kepadalah suamilah isteri bersandar harapan dan berpaut. Berbaik hati dan sayangilah isteri anda sepenuh hati, regardless perubahan fizikal dia setelah berkahwin. I am sure isteri tak pernahlah complaints awak dah gemuklah, busuklah dan so on. Be nice to her. Warm her. Cintai dia sehingga awak tak mampu nak cintai orang lain pun. Sebab impaknya sangatlah besar. Percayalah, sekali awak beri dia rasa bahagia, beratus kali dia akan beri awak yang terbaik.

Untuk para isteri, jagalah diri anda, jagalah diri kita. Buatlah sehabis daya. Fight for your marriage. Bercantik-cantiklah selalu, cubalah curi masa macamana pun, kalau memang bukan untuk orang lain pun, tapi untuk diri kita sendiri. Afterall, sekiranya apa benda yang terjadi later, jangan selitkan peluang untuk kita dipersalahkan.

Semoga yang baik-baik berpihak pada semua.


Monday, November 10, 2014

hectic weekend

Anyway,

I kat Melaka just having asam pedas, the signature dish. Well. Taklah sedap mana pun. I rasa I masak sedap lagi. Hahahah. Boleh camtu?

My little and only brother just got married last Friday. Alhamdulillah, all went well. Dah selamat jadi suami orang pun. Along doakan semoga perjalanan rumah tangga awak bahagia selalu. Kahwin bukan mudah. Memang tak mudah. Dan tak sama macam bercinta.

So Jumaat nikah, Sabtu majlis resepsi. Sebelah perempuan buat di Kolej ke-11, UPM. And mommy and nenek was here since Rabu.

So memang occupied gila, dengan rumah macam tongkang pecah, hahaha. Memang taklah I nak mengemas beriya, so mommy pun dah balik Muar, maka bermulalah kerja mengemas semula.

Nanti kalau I ada proper photos of the bride and groom will paste them here okay?

Meanwhile, stay safe and nighty night  beautiful people!

Tuesday, November 4, 2014

mengenang nasib

Hahaha.

Boleh? Tajuk mengenang nasib macam tu. Padahal tak ada benda sangat pun. Weekend well spent dengan mama baba dan adik ipar tersayang. Seronok bak hang! Makan sedap sesaja. Hahaha.

Then,

Reality hits when its Monday. Apa ni? Weekend kejap sangat? I rasa weekend patut 3 hari okay. Barulah balance kan? 4 hari bekerja 3 hari bercuti. Siapa menteri bertanggungjawab hal-hal penetapan cuti ni? I nak tulis email.

Okay enough of craps. We just moved to new house. Di pinggiran KL (kot?), so I guess it will be more easier for husband to pergi kerja. Lagi dekatlah.

I rasa 2 years kebelakangan ni adalah frasa hidup I yang paling banyak berpindah randah. Adalah dalam 3 atau 4 kali. And to tell you what, pindah adalah perkara yang sangat memenatkan okay? Penat nak mampus lah senang kata. No joke.

I selalu je macam nak curi-curi tulang skip buat kerja. Hahaha, tapi kesian the husband la sebabnya dia kan kalau buat kerja macam bersungguh dan rajin. Peluh-peluh sexy gitu. Awwwh. Okay, tu dah cerita lain.

Previously we were staying at fully furnished house. So I expect by the time kami nak pindah there's nothing much to angkat. Boy, I was wrong! So so wrong!

Rupa-rupanya barang-barang kecil cinonet ni lah lagi susah nak mengemasnya. Dengan baju sampai 18 almari. Okay yang tu I tipu. Baju I sahaja penuh 5 super duper big luggage kot. Tu belum dalam plastic kecil-kecil dekat 8 plastics. Plastic dobi coloe putih tu, due tak cukup bags. Novel je dah 2 big luggage, and few containers.

Tu belum kasut yaaa tuan-tuan dan puan-puan. Ada kasut yang I dah lupa kewujudan nya dan tak pernah ingat bila I beli. Balik-balik I akan pakai kasut or slipper yang sama sebab selesa. Then there comes the handbags pula.

Apa ni?

Mana datang semua objects ni? Penuh one tall box. Tu pun I dah let go few of them. MasyaAllah. Lepas tu asyik merungut dan teringin nak beli new bags. Kena belajar sedar-sedar diri ni Alin oi!

Anyway, semua tu baru I punya barang okay. I ingatkan I yang paling banyak barang. Again, i was wrong! Husband I punya segala tok nenek lagi menimbun. Dengan buku dia, dengan toys dia, dengan equipments and instruments dia. I surrender lah!

Hihi.

Tapi dah selamat pindah dah pun. Yang belum selamatnya ialah mengemas dan menyusun segala anasir ini.

Ada siapa-siapa yang ada masa terluang? Anyone?

I belanja nasi kukus ayam dara!

Sunday, November 2, 2014

the day you were born

Today is the husband birthday! Wishing you happiness, prosperous health and wealth. Semoga sayang bahagia sentiasa dan dapat apa yang sayang selalu hajati. I will always love you, insyaallah.

Thank you Mama, lahirkan anak yang handsome dan baik hati macam suami Alin. Thank you for raising such a wonderful man, and I believe it's because you're the Queen.

So here we are, at my in law's place. Did I tell you that my mother is law is one hell good cooker. She cooks yummy dishes and everything that she cooks taste good. Like seriously sedap ya ampun. I shall learn from her! Mesti!

Tapi mama masak sempoi je tau, macam masak tu sebelah mata je bagi dia. Kalau I, dah bersilat dan berpeluh-peluh dah oi.

Macam today kan, in conjunction of my husband birthday, mama cooked pulut kuning, ayam sambal, sambal ikan bilis dan ayam goreng berempah. Sedapppnyaaa sampai cheq taktau nak describe macam mana.

Nothing much of this weekend, cuma busy dengan our moving program dan nak mengemas rumah je lah. Dalam pada tak ada banyak benda tu, tetap juga menimbun.

Okaylah, I shall continue later okay. Nak goreng ayam jap.

Splendid weekend, peeps!