Wednesday, September 24, 2014

20 facts about me

Hi semua!

I tengok everyone is doing this, so I pun nak try list down these 20 facts about me. See if I really know myself, like really!

Haha.


  1. I am the eldest in my family, hence I rasa I ada this overprotective attitude terhadap people around I. Which is kinda annoying sometimes.
  2. I tak pernah bercita-cita nak jadi Flight Attendant. Seriously. I worked for 2 airlines before, dan kedua-duanya adalah tidak di sengajakan.
  3. I am very good in observing, people and environment. I suka perhati je orang dan berkata-kata dalam hati. Like, kenapalah dia macam tu, apalah yang di fikir, and so on. Yes, my first world problem.
  4. I tak suka orang tak ada commonsense. Benda ni simple dan penting. Commonsense. Lagi satu orang kalau bercakap tak fikir dulu sebelumnya. Sometimes, terserlah sangat kebodohannya.
  5. I suka makan. I enjoy foods so much. Tak kisahlah makan apa. Malay foods, Japanese, Chinese or even western. Tapi of course lah I cinta makanan melayu lebih lagi. Nasi. Yes, my favorites! All time favorite! Tekak kampunglah katakan. Hihi.
  6. Overly attached. I am clingy like that. Tapi dengan my husband sajalah. Dengan orang lain I tak hairan pun! Hahaha.
  7. I suka gila masak. Suka je okay. Doesn't mean I terror masak. Siapa expect I masak macam chef memang I hentak kepala dia kat dinding. Tapi husband kata I masak lemak cili padi meletop okay!
  8. I tak reti drive dan I tak ada driving license. Kelakarkan? Umur da 28 tahun masih tak reti drive. I remembered dulu masa I fly, my set of crew always wonder bila tahu yang I tak reti drive. They said ' Oh license fly ada, tapi license driving tak ada!'. Hihihi. And bila terserempak dengan I kat briefing room or airport, some of them mesti ' Ha, you la kan yang tak reti drive tu!'
  9. I suka membaca, Novel, blogs, articles, apa-apa je lah yang I rasa menarik. Mostly things yang relates dengan knowledge or hal-hal semasa. Tapi novel pilihan I mestilah novel cinta ya? Bukan novel-novel serious dan berat tu. Buat semak fikiran I je nanti.
  10. I suka sayur yang hijau-hijau. Kalau buffet spread or makan nasi berlauk tu, I akan ambil atleast 3 jenis sayur. Broccoli yang paling suka! Tapi I tak makan sayur mentah, having said that salad, ulam dan seumpamanya I tak makan.
  11. I peminat tegar petai, cencaluk, sambal belacan, budu dan apa-apa yang segolongan dengannya. Eh, perasan tak most all the facts ni banyak pasal makanan je?
  12. I never can sing well. I rasa I tone deaf. I tak tahu bila nak start masuk lagu tu. Tapi I suka sing along. I suka nyanyi ikut suka hati I je.
  13. I gelak kuat. Kuat gila. Tapi depan mak mentua I cover lah. Kahkahkahkah.
  14. I ada fashion sense yang agak bagus. Bukan I yang cakap, Orang sekeliling I yang cakap. I tahu what goes well with what. Tapi I sendiri tak betul-betul berfesyen pun. I pakai apa yang I suka, the simple the better. Comot all the time.
  15. I tak ramai kawan. My circle of friends pun yang itu-itu je. Sebab ramai orang ingat I sombong, tapi I tak pun. Cuma I rasa lagi selesa dengan kawan yang sedia ada, dan sekarang husband. I pun tak rajin nak keluar-keluar ni.
  16. I tak suka menunggu. Kalau lewat 10 to 15 mins tu I boleh terima lah. Tapi kalau asyik on the way, memang see you next time lah jawabnya!
  17. I sukakan Kuala Lumpur, lampu-lampu di Kuala Lumpur. If you ask me why, it's because I jatuh cinta di Kuala Lumpur, I kenal husband di Kuala Lumpur, and the most memorable time yang I rasa I betul-betul dah jatuh cinta with him was on New Year eve 2011. Dengan bunga-bunga api atas kepala I rasa, 'Oh cintanyaaa dengan mamat ni!'
  18.  Banyak-banyak tempat yang I pernah pergi, I sukakan Delhi. I suka their colorful culture. I suka purchasing power sebab currency mereka rendah, I suka buildings di Delhi. If I had a chance, I nak pergi Delhi lagi. With my husband.
  19. I sukakan pulau dari dari laut, I sukakan kampung dari bandar.
  20. Tapi bagi I, walau macam mana hebatnya negara lain, tak ada setanding Malaysia. I sayang Malaysia. Makanannya, masyarakatnya, budayanya, Malaysia tetaplah yang terbaik. Ha, tiba-tiba I patriotic boleh? Hahaha.
Okay, susah rupanya nak listkan 20 facts ni. I takes me hours to settle with this.

Time to gomol-gomol with my husband.

Good night beautiful people!

No comments:

Post a Comment