Tuesday, November 18, 2014

suami curang dengan janda sebab isteri busuk dan tak pandai urus diri?

Bullshit.

I memang tak boleh brain this.

For the last few days article dari akhar Sinar Harian went viral. Flooded lah facebook dengan status status dan comment related to this.

I malas nak copy paste the article. It is actually an email yang dihantar ke suratkhabar tu kot?

To brief, kisah seorang isteri bernama Mah, find out yang husband dia curang bersama seorang janda. Mah ialah seorang ibu kepada 3 anak. After gesaan dan tekanan dari Mah, husband dii confess yang dah curang for almost 6 years since dari anak pertama lahir.

So Mah ni tanya punya tanya apa sebab husband curang, the husband pun tulislah surat menyatakan sebab musababnya. Main point nya dia kata Mah tak pandai lagi jaga diri sejak berkahwin, tak pandai berhias dan bersiap, dah tak cantik dan harum seperti dulu.

Okay. So that's about it.

Kalau tanya I, I would say;

Bullshit.

Memang bullshit.

Lelaki jenis macam ni patut kena hantuk kepala dia kat dinding 18kali.

Macam mana dia boleh sanggup compare si Mah yakni isteri dia untuk sekian lama kepada sorang janda?

Isteri penat mengurus anak kot. Anak ada 3 orang. Kecil lagi, nak jaga makan pakai husband lagi, nak jaga rumahtangga lagi. Husband tu pun, isteri dah elok jaga makan pakai awak, pergi kerja smart-smart hasil isteri gosok baju, boleh pula menggatal scandal dan berzina dengan janda?

Tak malu ke?

Tak ada otak ke?

Tak fikir ke isteri hempas pulas kat rumah tu. Entah kadang nak mandi pun tak sempat, apa lagi nak berdandan blow blow rambut color kuku segala?

Sometimes lelaki dan para husband ni fikir, just because diorang bekerja cari duit then bila balik rumah boleh bersidai bersenang lenang terlentang depan TV? Sikit tak tanya isteri apa yang boleh ditolong or offer pertolongan.

Benda simple-simple macam ni tak payah nak ada manual baru tahu nak buat apa. Common sense kot. Balik kerja nampak isteri serabai busuk tak mandi lagi dengan mainan anak bersepah, pinggan tak basuh, cuba tolong offer jaga anak kejap. Suruh isteri tu mandi siap-siapkan apa patut. Barulah awak tak sakit mata.

Dari awak habiskan duit dan masa kat janda, baik awak habiskan duit belikan isteri awak baju elok-elok, haruman best-best, lingerie kinky-kinky, and habiskan masa kat rumah tolong jaga anak dan rumahtangga. Ini baru betul husband yang hebat!

Hal rumahtangga jangan buat main dan lepas tangan. Sendiri curang dan gatal merenyam jangan nak salahkan isteri tak pandai jaga diri. Letak diri kat tempat isteri tu sungguh-sungguh dulu, then baru tanya balik kat diri sendiri, masih berbaloi ke menggatal kat janda yang sedapnya cuma sekejap?

Ala tu pun sebab kantoikan? Kalau tak kantoi memang berpanjangan lah zina tu.

Pokok pangkalnya tak boleh nak salahkan isteri semata-mata, tepuk dada tanya iman. Masa angkat akad nikah dan bercinta dulu, tak teringat ke janji janji kita kat isteri nak sehidup semati susah senang bersama?

Baru isteri serabai sikit, terus bersenang bersama janda. Eh, teruk sangatlah perangai macamni.

Lelaki kena tahu one thing yang isteri ni tahap kesanggupan berkorban dia sangatlah tinggi. Bukan isteri. Tapi perempuan memang naturally macam ni. Kita buruk dan hodoh tak apa, janji suami dan anak-anak kemas dan bergaya. Some of us sanggup lepaskan career dan opportunity yang ada just for the sake of being with the family.

Untuk perempuan-perempuan lain di luar sana, be it janda or anak dara. Please lah, stay away dari suami orang. Build a wall, or draw a line. Always tahu limit. Kita sesama perempuan kenapa nak melukakan hati perempuan yang lain. Our pride and price is much higher than that. Satu hari nanti kita akan bergelar isteri, jadi fahamilah perasaan para isteri yang lain. Kita tak nak jadi punca keretakan rumahtangga orang kan? Dan kita pun tak nak rumahtangga kita suatu masa nanti retak, just because ada perempuan lain buat special appearance.

Untuk para suami, awak semua adalah ketua dan imam untuk para isteri, kepadalah suamilah isteri bersandar harapan dan berpaut. Berbaik hati dan sayangilah isteri anda sepenuh hati, regardless perubahan fizikal dia setelah berkahwin. I am sure isteri tak pernahlah complaints awak dah gemuklah, busuklah dan so on. Be nice to her. Warm her. Cintai dia sehingga awak tak mampu nak cintai orang lain pun. Sebab impaknya sangatlah besar. Percayalah, sekali awak beri dia rasa bahagia, beratus kali dia akan beri awak yang terbaik.

Untuk para isteri, jagalah diri anda, jagalah diri kita. Buatlah sehabis daya. Fight for your marriage. Bercantik-cantiklah selalu, cubalah curi masa macamana pun, kalau memang bukan untuk orang lain pun, tapi untuk diri kita sendiri. Afterall, sekiranya apa benda yang terjadi later, jangan selitkan peluang untuk kita dipersalahkan.

Semoga yang baik-baik berpihak pada semua.


2 comments:

  1. agree to the T.
    yang sakit hati tu, bila ada ustaz komen kata lelaki macam tu perlu taubat nasuha dan dikira sex animal, boleh pulak dok ungkit, perempuan tak berhias di rumah.

    alahai, kalau laki mampu bagi kemewahan tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang segala tukang, perempuan mana tak nak bercantik-cantik setiap masa? tukar baju 5 kali sehari pun tak kisah, tukar gaya rambut setiap hari pun tak apa, kalau kerja bercantik SAHAJA.

    ReplyDelete
  2. Iya betul. Sebab tu isteri orang kaya-kaya cantik sentiasa, menggiurkan selalu. Tak bolehlah nak compare dengan kita, orang biasa. Kitalah memgemas, kitalah membasuh, kitalah memasak tapi alih-alih suami balik expect kita macam Che Ta ke serve makan? Hihihi.

    ReplyDelete