Wednesday, November 26, 2014

mother of 3

Mommy is here! Mommy is here!

Hehe.

My mom baru je undergo operation kat kaki due to lymphoma last Sunday. So Monday discharge, we went back Muar and fetch her. So she's here. Kasihan tengok dia. Jalan pun dengkot-dengkot. Lucky its only sikit je. But still sakit kan.

Having her here rasa rumah macam meriah dan bersinar sikit. It's not that my mom suka bercakap ke apa, tapi I memang suka rumah ramai orang. I suka orang datang rumah, provided inform dulu la kan. Atleast we could prepare something. Kalau datang mengejut terjah je, merasa lah air kosong dan biscuit kering. Almaklumlah bila berdua je kalau ada stock kurang tu buat-buat tak nampak je.

At least adalah chance nak bodek husband makan luar. *alasan barang basah dah tak ada nak masak* hihi. Hi sayang!

So bila mak mak ni ada kat rumah, feeling dia lain. Rasa content. Serious lain. Tak tahu lah I je rasa macam tu or semua orang pun sama.

Dulu kan, I tak rapat pun dengan my mom. Sebab I membesar macam sendiri, then duduk hostel kejap, then duduk dengan nenek sampai habis SPM. Sebab my mom struggle kerja, dan dengan masalah rumahtangga dia seriously memang tak ada masa sangat for us adik beradik.

Ada one time I rasa marah gila kat my mom. Marah sangat sampai I rasa I swear that anything happen I tak nak my mom tahu or masuk campur. Gila kan remaja memberontak ni? Bila ingat balik bangang sangat rasanya. Plus my mom memang garang nak mampus dulu.

Kalau weekend I keluar rumah, nak pergi library ke apa (read: dating), my mom akan make sure I balik pukul 5PM. Yes. Tak ada discount. Tapi selalu juga I terlajak. End up kena duduk luar sampai gelap. Haha. I remember once dia pernah text I;

"Langit dah nak runtuh ni, tak reti nak balik ke?"

Garang sangat makcik ni. Mak siapalah tu.

Bila I start kerja, start membesar (I consider I besar bila kerja dan pegang duit sendiri), I mula belajar hidup melalui pengalaman orang dan sendiri, I tahu Allah jadikan semua ada sebabnya.

Deep down inside me I pernah je salahkan my mom and my father. I dulu always rasa mereka selfish nak jaga keluarga masing-masing sampai lupa hak I. Hak I dan adik lelaki I. I marah bila I tak berpeluang belajar masuk University macam orang lain sebab well, susahkan. I tak ada guidance dan support.

But later, I learnt, tak kisahpun tak masuk University. Atleast I jadi orang. Atleast I berjaya buat apa yang I mahu, I berjaya hidup semacamana yang I inginkan. I berjaya juga obtain diploma (diploma je pun, hahaha) walaupun tak right after school macam orang lain.

Tapi I dapat pengalaman. I dapat kerja dengan 2 airlines and later still dapat diploma, I ada cert in hospitality. Banyak benda Allah replace, Alhamdulillah.

So bila dah kerja sendiri and now dah kahwin, I start to understand her whole situation. How she struggles and juggle for her life. I rasa siapalah I tanpa my mom. Dia bersusah payah lahirkan I, besarkan I juga walau mungkin tak sebaik orang lain, tetaplah yang paling baik Allah dah aturkan untuk I. Sekurang-kurangnya I ada mak.

I thank you Allah for that, for letting me learn life through hard way. Dan tidaklah sesusah orang yang jauh lebih susah. And thank you for at one time I finally realised that I love my mom, cinta yang susah nak gambarkan dengan kata-kata.

Bila I tengok dia tertidur kat kerusi malas sampai merehatkan kaki yang sakit, I know I love her much regardless what. I know I would do what it takes just to make her happy and comfortable. She deserves that not because all her hard work, she deserves that simply because she's a mother. She's my mom.

Thank you sayang, for making life and things much easier with you by my side. Thank you for loving my mom and taking responsibility as a son. I love you infinity.

Thank you Allah for the blessing. Thank you.



No comments:

Post a Comment