Friday, October 3, 2014

tips nak kahwin

Okay peeps!

Hari ni nak cerita kahwin-kahwin la okay? I baru kahwin 4 bulan, baru sangat lagi. So kalau nak bagi tips-tips kebahagian rumah tangga tu belum wajar lagi kot. Buat kena gelak dengan orang yang dan 10-15 tahun kahwin je nanti.

Banyak benda I belajar bab kahwin dan rumah tangga ni, dan still in learning process. So meh I bagitahu sikit, for those yang nak kahwin tu, ada few things yang kita kena persiapkan. Hihi. Not to say few things lah, actually banyak je kot. Tapi I elaborate sikit-sikit je lah okay?

1. Mental & Fizikal

Seriously sound cliche kan? Tapi ini adalah benda yang paling dan sangat-sangat penting kot I rasa. Kahwin ni bukan cerita sehari saja ya, tapi cerita hari-hari yang mendatang. Kena bare in mind, yang kita dah nak kahwin, kena belajar adapt diri kita dalam kehidupan orang lain, how to blend in dan kena ada toleransi yang tinggi. Dari segi fizikal pula, few months before nak kahwin tu kenalah jaga diri betul-betul, jaga kesihatan, jaga makan, jaga muka, jaga berat badan dan jaga semuanya lah.

Tapi I rasa yang paling penting don't stress out too much. Tapi mana mungkin tak stress kan? Ni kahwin kot, kahwin! Hahaha. I masa nak sanding tu lah, muka keluar ruam la, bintat-bintat laaa, memang biasa tauuu muka ni!

2. Rancang Kewangan

Ini pun penting, rancang sungguh-sungguh. Kahwin ikut kemampuan kita. Jangan meriah dan gembira sehari dua, tapi seksa berhari-hari. Duit bukan kena ada untuk nak kahwin sahaja, tapi untuk kehidupan lepas kahwin. Kehidupan lepas kahwin yang sangat penting.

I rasa ramai silap bab ni, tapi banyaknya bukan salah pengantin tu sendiri. Tapi sebab nak penuhi permintaan mak ayah, atuk nenek, pakcik makcik yang menyebabkan kita forked out a lot of unexpected amount just to satisfy them. If betul-betul mampu, tak salah. As long as semua pun happy kan?

3. Perancangan awal dan teliti

Rancang betul-betul nak kahwin di mana, bila, pakej apa nak ambil, make up artist mana nak guna, katering mana yang sedap, baju nak design macamana.

Ataupun,

Sediakan budget yang tertentu untuk perkara-perkara di atas, untuk lelaki masukkan sekali jumlah hantaran, dan mas kahwin. Bincang berdua tentang budget yang mampu diperuntukkan. Bila dah ada budget, semuanya jadi mudah sebab kita da setkan berapa untuk apa. Kalau last minit sekalipun, bila kita dah ada budget, kita akan suitkan keinginan kita dengan budget. Tapi, kalau da decide awal lagilah senang, perhaps kita boleh jimat few hundred kat satu-satu benda tu.

4. Jangan bergaduh atau melawan cakap Ibu Bapa

As for me, my wedding mostly I plan sendiri dan keluarkan duit sendiri, tapi I akan selalu tanya my mom nak macam mana and so on. Macam my mom dia kata dia nak settlekan part door gift, so I memang bagi dia decide 100% apa dia nak. Dia bagitahu dia nak macamana so I usahakan. Honestly, I rasa menjelang nak kahwin memang tense dan pressure, tapi kalau boleh jangan lukakan hati parents kita.

If kita mampu ikut kehendak mereka, why not kan? If tak, cakap elok-elok I am sure they will understand. Jangan bentak-bentak, so not nice. After all I percaya, redha dan restu ibu bapa tu penting dalam sesebuah perkahwinan.

5. Yakin dan tawakal dengan perancangan Allah

Sesungguh nya Allah sebaik-baik perancang kan? Lepas kita dah usaha dan plan segalanya, kita serahkan kepada Allah, moga-moga semuanya berjalan lancar.


I doa bakal-bakal pengantin semua dipermudahkan segalanya, semoga apa yang you semua impikan dan rancang menjadi kenyataan malah lebih baik lagi!

Selamat melayari bahtera rumah tangga!

No comments:

Post a Comment