Wednesday, October 15, 2014

tips untuk menjadi pramugari

Hi semua!

Kita stop sekejap lah kisah chenta I tu ya? Bagi ruang untuk entry-entry lain pula! Hihi, tapi kisah chenta I tu akan diteruskan, if tak ada orang nak baca pun takpe, sebab nanti esok-esok bolehlah I baca semula. Reminiscing old memories, gitu! Takpun, manalah tahu diduga nanti (mudah-mudahan taklah ya, mudah-mudahan kami bahagia selamanya, amin!), I bolehlah tunjuk kat husband I how far we made through and how sweet we started things, so might as well we put everything aside and fight for us forever!

Okay. Melalut. Over kan?

As for today, I'd like to share on few tips untuk menjadi seorang pramugari. Tips untuk succeed dalam interview. To tell you, it is not that hard and not that easy either.

TIPS UNTUK MENJADI PRAMUGARI

I pernah serve for 2 airlines. Both Malaysia-base. Rasa- rasa orang pun boleh teka airlines apa kan? Yes people, it's MH & AAX.

Basically interviewnya lebih kurang sama. Ada beberapa stages yang kita kena harungi. Okay kita brief satu-satulah ya? We shall start with the tips first.

1. KETINGGIAN YANG MENCUKUPI & BERAT BADAN IDEAL.

Yang ini paling penting ya? Sangat-sangat penting. Di samping syarat-syarat lain, I rasa syarat ni paling ketara penekanannya. Sebab tak ada gunanya kita pergi interview kalau basic requirement macam ni tidak di patuhi. Kenapa I cakap macam ni? Sebab I experience sendiri di both interviews, ada candidates yang tidak menepati syarat ketinggian ingin mencuba nasib.

Normally, dalam iklan pencarian tersebut, memang dah siap-siap tulis berapa minimum required height untuk perempuan dan lelaki. Lain airlines lain minimum height yang diperlukan. So ukur siap-siap dari rumah, don't waste your time pergi interview just to get rejected at the first place, kan?

Dan, pastikan berat badan anda ideal. Bersesuaian dengan ketinggian. Because, Flight Attendant / Cabin Crew / Pramugari/a are their front liners, so they want those who looks good in their uniform, those who can be their little ambassador.

2. BERSEDIA ( WELL PREPARED).

Sebelum pergi ke interview esoknya, apa kata you take time go thru your resume, update mana yang patut, sediakan gambar passport dan gambar full length, baca suratkhabar, browse thru internet, ambil tahu isu-isu semasa sikit,  Tidur awal, bangun pagi, and pergi ke interview tu seawal yang you boleh.

Walaupun dalam iklan stated it starts at 9AM, be there early. Sebab manusia yang nak jadi Flight Attendant / Cabin Crew / Pramugari/a adalah super ramai. You'll be surprise kalau datang lambat sikit and the queue dah pun sampai Johor. Lagi awal you sampai, lagi cepat you dapat turn, lagi cepat you settle kan? Taklah pudar semangat you menunggu seharian.

3. BERSIH & JANGAN OVERDRESS.

Wear accordingly, and decent. Tak perlu dress up macam nak pergi party or clubbing. Yes, it feast our eyes but we don't need that today. Not on interview's day, please?

Put on a very nice, neat and little make up. Mesti make up ya? Jangan pergi pucat lesi saja. Make sure you well groom. This applicable bukan untuk perempuan saja, but to lelaki as well. Trim all janggut, misai and whatever thing yang sepatutnya tak ada di muka anda. Rambut make sure rapi, letaklah sikit hair gel so taklah macam baru bangun tidur. For girls, rambut pun mesti neat. If you nak bun, do it nicely, if you nak let it go, just make sure it stays and tak mengerbang. Not a pretty sight, I guess.

And your cleanliness sangat penting. Tak mahu body odor, gigi bebas dari cili dan bulu hidung tak terkeluar. Sembur perfume harum-harum sikit.

Oh yes, baju sila iron!

4. JADI DIRI SENDIRI & YAKIN

Tak perlu nak overconfident, just be yourself, jangan nervous sangat, enjoy the interview, jawab sebaik dan sejelas mungkin,

Senyum.

Serious, senyum sebanyak yang boleh. Bukan sekadar pada interviewer, tapi juga pada orang sekeliling. Jaga adab and gesture, because we never know who's watching.

There you go.

Sebenarnya taklah susah mana pun nak jadi Flight Attendant / Cabin Crew / Pramugari/a. Cuma you kena aware dengan kehendak airlines dan penemuduga ni semua.

Nanti I sambung pula stage-stage dalam interview tu ya?

Good luck untuk siapa-siapa yang sedang menunggu interview, semoga dipermudahkan segala dan diharap tips-tips I ni dapat membantu.





Sekian,

Dari pandangan dan pendapat iklas seorang bekas pramgari.

Hihi.



2 comments:

  1. wahhh boleh invite you jadi guest writer for my blog ni... hari2 dekat 5-10 orang masuk blog i cari info on this. :)

    ReplyDelete
  2. Aaaaa En. Azuan, I tulis caca marba je! Hihi. Anyway TQ for dropping by! I just so loveeee your writing!

    ReplyDelete